­

MEMPERKASA POLITEKNIK MERSING SEBAGAI PENYEDIA TVET NEGERI JOHOR

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

𝟑𝟎 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀| 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Hari ini Puan Hajjah Fadzillah Binti Mohd Yusof telah berbesar untuk terlibat dalam satu Majlis Perjumpaan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Johor bertempat di Bangunan Dato’Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

Seperti kita sedia maklum, banyak institusi penyedia TVET di negeri Johor. Terdapat pelbagai Institusi Pendidikan tinggi antaranya Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Pendidikan di bawah YPJ, Institusi Pendidikan di bawah MARA, dan banyak lagi.

Majlis perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan dan membuat pemetaan atau mapping seterusnya menyusun semula program-program yang ditawarkan supaya semuanya menjadi lebih sistematik dan menepati keperluan dan kehendak pasaran pada hari ini.

Semoga perbincangan ini juga dapat memperkukuh kolaborasi dan memperkasa industri TVET di negeri Johor seterusnya dapat menyediakan bakat atau tenaga kerja yang mampu mengisi keperluan pasaran kerja di negeri Johor, terutamanya dalam mengisi keperluan tenaga kerja di dalam Johor-Singapore Special Economic Zone (JS SEZ) yang akan termeterai tidak lama lagi.