πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π’π”πŠπ€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π„πŒππ„ππ€ ππˆπ€π‹π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŸπŸŽπŸπŸ“

πŸπŸ• π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ“ | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π’πˆππ†

πŸŽ‰ Tahniah Jabatan Kejuruteraan Elektrik! πŸŽ‰

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik kerana berjaya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam Karnival Sukan Antara Jabatan Sempena Piala Pengarah 2025 yang berlangsung pada 26-27 April 2025! πŸ†πŸ’ͺ

Antara acara sukan yang dipertandingkan:

🏸 Badminton

🏐 Bola Tampar

πŸ₯… Bola Sepak

πŸ€ Bola Jaring

πŸ₯ Sepak Takraw

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing, diiringi oleh En. Ahmad Azlan bin Hamzah, Ketua Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum dan Kebudayaan.

πŸ’ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Pengurusan Tertinggi, jawatankuasa penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini. Semangat kesukanan, kerjasama dan ukhuwah yang ditonjolkan amat membanggakan! πŸ™Œ

Read More

PROGRAM MENEROKA KEPIMPINAN PELAJAR & PENGHAYATAN BUDAYA ORANG ASLI

4–5 Mei 2025 | πŸ“ KAED UIAM & Jungle School Gombak

Tahniah kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atas kejayaan menganjurkan Program Meneroka Kepimpinan Pelajar & Penghayatan Budaya Orang Asli yang telah berlangsung pada 4 hingga 5 Mei 2025 di KAED UIAM dan Jungle School Gombak.

Seramai 33 peserta terlibat, terdiri daripada 30 ahli JPP dan 3 pelajar Komuniti Orang Asli Politeknik Mersing.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta membentuk sahsiah kepimpinan. Peserta turut menyertai sesi dialog bersama mahasiswa dan pensyarah UIAM, berkongsi pandangan serta peranan masing-masing dalam membina masa depan negara.

Di Jungle School Gombak, peserta mendalami adat resam, gaya hidup dan budaya masyarakat Orang Asli. Aktiviti ini bukan sahaja memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, malah turut membuka mata peserta terhadap kepentingan menjaga sumber hutan yang menjadi nadi kehidupan masyarakat Orang Asli.

Program ini turut menyedarkan peserta tentang hubungan rapat antara alam dan manusia serta kesan perubahan iklim sekiranya hutan tidak dipelihara. Ini sekaligus meningkatkan kesedaran peserta terhadap peranan generasi muda dalam usaha melindungi alam sekitar demi masa depan yang mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya Politeknik Mersing, KAED UIAM, Jungle School Gombak serta semua peserta yang terlibat.

Semoga program sebegini dapat diteruskan demi melahirkan mahasiswa yang berwawasan, berjiwa kepimpinan dan cakna terhadap keunikan budaya dan kelestarian alam.

β€œIstiqamah Memperjuangkan Suara Mahasiswa”

Read More

KUNJUNGAN POLITEKNIK MERSING KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN β€˜SOFT LAUNCH’ PAKEJ PELANCONGAN LESTARI RUMAH EKO 2025

Pada 24 April 2025, Politeknik Mersing (PMJ) berbesar hati menerima jemputan Tengah Island Conservation (TIC) untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Soft Launch Pakej Pelancongan Lestari Rumah Eko 2025 bertempat di Rumah Eko, Pulau Besar.

PMJ diwakili oleh Pengarah Politeknik Mersing, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian dan Ketua Penyelidik Projek TARGS 2025, Projek SPIES & Geran UNDP 2025, Projek BlueNet, Pn. Norazida Ali. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi termasuk Pejabat Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Persatuan Pelancongan Mersing (MTA), Tourism Johor, MOTAC Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (PPD Mersing) dan UKM Marine Ecosystem Research Centre (EKOMAR).

Antara pengisian menarik sepanjang program:

βœ… Lawatan ke Rumah Eko dan kawasan sekitar 🌿

βœ… Demo penggunaan Komposter Makanan RIDAN ♻️

βœ… Gimik pelancaran pakej pelancongan lestari πŸŽ‰

βœ… Aktiviti mencanting batik & pembuatan lilin wangi πŸ–ŒοΈπŸ•―οΈ

βœ… Jamuan mesra bersama komuniti setempat 🍽️

Program ini bertujuan memperkenalkan konsep pelancongan berasaskan komuniti dan kelestarian alam sekitar, di samping mengeratkan hubungan strategik antara TIC, agensi-agensi berkaitan, dan rakan akademik seperti PMJ.

Semoga kerjasama erat ini membuka ruang kolaborasi yang lebih meluas dalam bidang pemuliharaan alam sekitar, pelancongan lestari, dan projek komuniti di masa hadapan.

Read More

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‰π€πŒπ”π€π π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“

Majlis Jamuan Raya Aidilfitri 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana mesra di Politeknik Mersing. Majlis ini merupakan hasil anjuran bersama antara Bank Islam Malaysia Berhad, Politeknik Mersing, dan agensi-agensi daerah Mersing yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam semangat Syawal yang penuh keberkatan.

Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu jemputan serta tetamu kehormat, YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Suasana majlis diserikan lagi dengan marhaban yang dialunkan oleh Ketua-Ketua Kampung Daerah Mersing bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing, diikuti dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Dr. Mohd Taib bin Ismail, Pengarah KWSP Wilayah Selatan, diikuti ucapan oleh Puan Ruminah binti Ismail, Timbalan Pengarah AADK Johor. Kemuncak majlis disempurnakan dengan ucapan oleh tetamu kehormat, YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah.

Sebagai simbol keprihatinan dan kasih sayang, turut diadakan sesi agihan sumbangan duit raya kepada 32 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. Majlis turut meraikan reruai tercantik melalui penyampaian cenderahati, di samping memberikan penghargaan kepada tetamu kehormat yang hadir memeriahkan acara. Para tetamu turut dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa sambil berpeluang melawat reruai dan ruang pameran yang disediakan. Majlis ditutup dengan sesi bergambar kenangan dan seterusnya bersurai dalam suasana penuh ukhwah dan kegembiraan.

Semoga majlis seperti ini terus menjadi jambatan mengeratkan silaturahim antara institusi, agensi dan masyarakat setempat. πŸŒ™

Read More

𝐉𝐏 π€πππ‘π„π‚πˆπ€π“πˆπŽπ ππˆπ†π‡π“ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ“

Dengan penuh meriah dan penuh makna, Jabatan Perdagangan telah menganjurkan Majlis JP Appreciation Night pada 12 April 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Permata Marjan.

Majlis ini merupakan tanda penghargaan kepada pelajar Semester 5 atas segala usaha, komitmen dan pencapaian sepanjang tempoh pengajian mereka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan pensyarah Jabatan Perdagangan, sebagai simbol sokongan dan dorongan kepada para pelajar.

Bertemakan “Klasik”, malam penuh gemerlapan ini bukan sahaja menjadi medan apresiasi, tetapi juga wadah mempererat silaturahim dalam suasana yang penuh keceriaan dan kenangan manis. 🌹

Tahniah kepada semua pelajar Semester 5 JP! Semoga terus sukses di masa hadapan

Read More

BEST PRACTICE EXCHANGE @ MERLIMAU POLYTECHNIC

11 APRIL 2025 | FRIDAY | POLYTECHNIC MERLIMAU

The best practice exchange program between Commerce Club Department of Commerce (CCJP), Merlimau Polytechnic and Commerce Department Student Association (PPJP), Mersing Polytechnic has been held successfully on 10 to 11 April 2025 at Merlimau Polytech, Melaka.

The program opens up a space of collaboration that benefits both parties in sharing management experiences as well as strengthening leadership among student union members. The meeting also served as a platform to exchange ideas and widen the network between students from two polytechnic institutions.

A million thanks to all parties who have made this program a success. May this spirit of cooperation and knowledge sharing continue to flourish among polytechnic students!

Read More

𝐓𝐕𝐄𝐓@ππŽπ‹π˜π‚π‚ ππˆπ‹πˆπ‡π€π πŠπ„π‘π‰π€π˜π€

Pada 11 April 2025 (Jumaat), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing telah menerima lawatan rasmi daripada 40 orang pelajar Tingkatan 5 Aliran Sains Komputer SMK Mersing bersama 4 orang guru pengiring dalam Program TVET@POLYCC Pilihan Kerjaya.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang laluan pendidikan dan kerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat serta memperkenalkan persekitaran pembelajaran di institusi TVET.

Antara pengisian menarik sepanjang program ialah:

* Taklimat pendidikan dan kerjaya TVET

* Aktiviti simulasi asas kepada bidang pengkomputeran

* Lawatan ke makmal JTMK serta sesi interaktif bersama pelajar politeknik

Program ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada para pelajar, malah mengeratkan lagi hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah di daerah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana dan pihak SMK Mersing atas kerjasama yang sangat baik. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan semangat pelajar terhadap bidang TVET dan teknologi digital.

Read More

BENGKEL KUIH ROS PERKASA KEMAHIRAN STAF POLITEKNIK MERSING

28 FEBRUARI & 14 MAC 2025 | JUMAAT | MERSING

PUSPANITA Politeknik Mersing telah menganjurkan Bengkel Pembuatan Kuih Ros dalam dua sesi yang berlangsung pada 28 Februari 2025 dan 14 Mac 2025. Bengkel ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 24 orang staf Politeknik Mersing yang berminat untuk mempelajari teknik pembuatan kuih tradisional ini.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA Mersing, Puan Loh Sai Hwei, yang memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif memperkasakan kemahiran kulinari dalam kalangan staf. Peserta berpeluang mempelajari langkah-langkah penyediaan kuih ros secara praktikal, termasuk teknik mencelup acuan, kawalan suhu minyak, serta cara memastikan kuih menjadi rangup dan enak.

Selain meningkatkan kemahiran dalam penyediaan kuih tradisional, bengkel ini juga berperanan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara staf dalam suasana yang santai dan mesra. PUSPANITA Politeknik Mersing berharap agar lebih banyak program seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi memelihara warisan kulinari tempatan serta memperkaya pengalaman sosial dan kemahiran peserta.

Read More

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ 𝐓𝐔𝐍 π‡π”π’π’π„πˆπ 𝐎𝐍𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π”π“π‡πŒ) πŠπ„ ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π’πˆππ† (ππŒπ‰)

πŸπŸ– πŒπ€π‚ πŸπŸŽπŸπŸ“ | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 | πŒπ„π‘π’πˆππ†

Politeknik Mersing berbesar hati menerima kunjungan kerja dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Delegasi UTHM diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Jumadi Bin Abdul Sukor, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

Fokus utama lawatan kerja ini adalah untuk memberi pendedahan dan menarik minat pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi agar terus melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi di UTHM.

Turut dibincangkankan ialah pengukuhan kerjasama strategik dalam bidang akademik, penyelidikan, dan pembangunan tenaga mahir. Para pelajar turut diberi motivasi tentang kepentingan melanjutkan pengajian serta manfaat menjadi graduan universiti teknikal dan prospek kerjaya.

Terima kasih kepada pihak UTHM atas lawatan kerja ini. Semoga lawatan ini dapat membakar semangat pelajar Politeknik Mersing untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

Read More

PRIME IFTAR AND MONTHLY GATHERING TO MAKE RAMADAN SPARKLING IN PMJ

19 MARCH 2025 | WEDNESDAY | MERSING

Johor Mersing Polytechnic (PMJ) in collaboration with Ministry of Internal Trade and Cost of Living (KPDNKK) Mersing District has organized the First Iftar and Monthly Assembly which is taking place at Surau Al-Irsyad, Mersing PolyTechnic.

The ceremony that started as early as 5.00 in the evening was joined by PMJ staff and students. Among the main fillings of this program is the Halal and Nutritious Food Awareness Advocacy Forum, which features two invited panels, namely Mr. Yusof bin Abdul Razak, Senior Environmental Health Assistant Officer from the District Health Office (PKD) Mersing, and Ustaz Mohammad Hanafie Khalis bin Zainal Abidin, an instructor from SMA Tahfiz Integrasi Al-Khairiah, Mersing. The forum exposed participants about the importance of choosing halal and nutritious food in everyday life.

The program was also celebrated with the ceremony of Khatam Al-Quran and the presentation of fidyah contributions was also held as a sign of concern for those in need.

The highlight of the program was Jamaie’s Iftar, where the attendees broke their fast together in a harmonious atmosphere. After that, the congregation also performed the Maghrib, Isyak prayers, and Tarawih prayers in a group, making this event more meaningful with spiritual filling.

This program not only strengthens the bond among PMJ citizens but also inculcates awareness about the importance of halal food, charity practices, and the observance of Ramadan with repentance. May programs like this continue to be organized in the future to strengthen ukhuwah and enrich the Ramadan experience for all those involved.

Read More