CAKNA EXAM SESI I 2024/2025 : PRIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR DEMI KECEMERLANGAN

Majlis Perwakilan Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan agihan Cakna Exam sempena minggu peperiksaan akhir sesi I 2024/2025 bermula 23 November sehingga 14 Disember 2024. Agihan kali ini juga turut mendapat sokongan daripada jabatan-jabatan dan unit sokongan terutama dalam sumbangan dana serta penyediaan makanan berbungkus kepada pelajar. Objektif utama adalah untuk memastikan para pelajar mendapat makanan sebagai alas perut dan gembira menjawab peperiksaan akhir. Fokus utama agihan adalah kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan sesi 8.30 pagi kerana mereka sudah pastinya tidak sempat untuk bersarapan hadir ke dewan peperiksaan.

Program Cakna Exam ini merupakan salah satu inisiatif JHEP dalam Caknasiswa membantu para pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan menghadapi kos hidup yang tinggi. Jom Rewang juga telah diadakan pada 9 Disember lalu, melibatkan pengarah, isteri pengarah, para pensyarah dan staf sokongan bersama menyediakan sandwich untuk agihan pada hari tersebut. JHEP mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbang dana dan tenaga dalam menjayakan Cakna Exam kali ini. Semoga usaha ini dapat menyuntik semangat para pelajar fokus dalam peperiksaan akhir dan menjadi salah satu kenangan indah mereka di PMJ.

Read More

KEJAYAAN POLITEKNIK MERSING DILAKAR DALAM ‘UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANGKING 2024

13 DISEMBER 2024 | JUMAAT | POLITEKNIK MERSING

Sekalung tahniah dan syabas kepada warga Politeknik Mersing (PMJ) kerana melakar kejayaan dan telah mendapat pengiktirafan pada kedudukan 618 daripada 1447 penyertaan seluruh dunia dalam UI Green Metric World University Ranking 2024 Edisi ke 15. Pengiktirafan ini menunjukkan PMJ secara khususnya dan POLYCC secara keseluruhannya sangat komited dalam menerapkan amalan kelestarian hijau di dalam kampus. Kejayaan yang dilakar ini hasil usaha bersama seluruh warga PMJ. Tahniah buat semua!!!

Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi pembuka kejayaan yang lebih besar bagi tahun 2025. Kejayaan bukan destinasi, ia adalah perjalanan. Terus maju, terus belajar, dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik. Tidak dilupa juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa SmartGreen PMJ diatas usaha dan komitmen dalam mencapai pelbagai kejayaan untuk sepanjang tahun 2024.

Read More

KECEMERLANGAN PENSYARAH POLITEKNIK MERSING TERUS DIUKIR

Tahniah kepada Pn. Norazida Ali dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) atas kejayaan beliau memperoleh pensijilan “AI for Good Certified Instructor” daripada AI Singapore dan Meta pada 25 Oktober 2024. Pn. Norazida adalah satu-satunya wakil PolyCC Malaysia yang terpilih antara 100 tenaga pengajar dari negara ASEAN (Malaysia, Thailand dan Filipina) bagi Program AI for Good (Educator) Train-the-Trainer yang dijalankan di National University of Singapore (NUS) dengan tajaan penuh AI Singapore dan Meta.

Sebagai komitmen di bawah program ini, satu Kursus AI for Good akan ditawarkan kepada 100 peserta dari kalangan pelajar Politeknik Mersing pada 2025, di mana setiap peserta yang berjaya akan menerima Sijil AI for Good diiktiraf AI Singapore dan Meta. Tahniah sekali lagi kepada Pn. Norazida atas pencapaian yang membanggakan ini!

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsikan bersama pelajar-pelajar, komuniti dan secara tidak langsung kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada warga Politeknik Mersing untuk terus menimba ilmu dan berjaya di masa akan datang.

Read More

PERTANDINGAN INTERNATIONAL COMPETITION AND EXHIBITION ON COMPUTING INNOVATION 2024 (iCE-CInno 2024)

Syabas dan tahniah kepada Dr Azman Talib, Dr Norazlina Ahmad, En Kamarul Faiz Mihaj, En Abdul Salam Saad dan Ts Mohd Sallehin Abas di atas kejayaan merangkul pingat emas bagi inovasi bertajuk Multi-head Axis Pro (M-HAP) with AI Dithering Algoritm dalam pertandingan International Competition and Exhibition on Computing Innovation 2024 (iCE-CInno 2024) yang berlangsung pada 27-28 November 2024 anjuran Fakulti Pengkomputeran, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Inovasi ini juga telah dipilih oleh Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM), UMPSA untuk menerima tajaan yuran penyertaan sebanyak RM350. Pertandingan ini juga menjadi paltfom bagi menjalankan aktiviti promosi dan penyebaran maklumat tentang JKE dan PMJ di samping mempromosikan TVET dan pendidikan STEM di kalangan pengunjung.

Read More

CIDB CUSTOMIZED PROGRAM: KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan CIDB CUSTOMIZED PROGRAM: KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK dengan kerjasama ABM Wilayah Selatan pada 26-27 November 2024 bertempat di Makmal JKE, PMJ. Program ini menampilkan pengajar dari ABM Wilayah Selatan iaitu En. Anas dan En. Kadir.

Program ini bertujuan memberi memberi pendedahan terhadap pendawaian elektrik bangunan satu fasa. Program ini menyediakan peluang kepada peserta untuk memahami asas-asas pendawaian elektrik dan melakukan praktikal dan seterusnya pengujian praktikal.

Melalui kerjasama CIDB dengan Politeknik Mersing, Program seperti ini dapat memberikan impak yang positif kepada peserta untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang pendawaian elektrik, sekaligus membangunkan kreativiti, inovasi, serta kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan dan penyelesaian masalah. Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.

Read More

SAMBUTAN BULAN INTEGRITI POLITEKNIK MERSING

Sekitar Program Sambutan Bulan Integriti yang berlangsung hari ini dengan tema “Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi”. Pelbagai pengisian yang diadakan seperti ucapan dari Pengarah Politeknik Mersing yang yang menekankan pentingnya integriti dalam kehidupan seharian, sama ada di tempat kerja mahupun dalam masyarakat. Beliau juga menyeru semua warga PMJ untuk terus mengamalkan nilai-nilai murni demi memartabatkan organisasi dan negara.

Antara pengisian program termasuklah:
– Bacaan Ikrar
– Tayangan video intergriti bersama Encik Mohd Firdaus Ramlan.
– Aktiviti interaktif seperti kuiz bertemakan integriti.
– Penyampaian Hadiah, Sijil dan Anugerah Pekerja Contoh Bulan Oktober.

Program ini berjaya mencipta kesedaran serta memperkukuh semangat perpaduan di kalangan semua warga PMJ.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan mengambil cakna dengan amanat yang disampaikan oleh Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing.

Read More

INTERNATIONAL MOBILITY STUDENT EXCHANGE PROGRAM IN CONJUCTION WITH UB GATEWAY IN MALAYSIA

Unit Pengantarabangsaan PMJ dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan satu program yang berimpak tinggi iaitu International Mobility Student Exchange Program In Conjuction With UB Gateway in Malaysia pada 20 hingga 24 November 2024. Seramai 25 Orang pelajar dan 2 Orang Pegawai Pengiring dari Universitas Brawijaya, Indonesia telah menyertai program ini. Antara pengisian program ialah Seminar CRA, Seminar Kelestarian Marin bersama TIC, Culture Exchange, Campus Tour, Eksplorasi Johor dan pelbagai lagi.

Program ini adalah satu platform yang sangat bermakna dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan antarabangsa dan mempromosikan pertukaran budaya serta pengetahuan di kalangan peserta. Melalui program ini, peserta bukan sahaja akan berpeluang untuk belajar dan berkongsi pengalaman, tetapi juga untuk menggalakkan hubungan strategik antara Politeknik Mersing dan Universitas Brawijaya untuk kolaborasi berimpak tinggi. Semoga dengan penyertaan ini, kita dapat mencipta impak yang positif, meningkatkan interpersonal para pelajar dan merapatkan ukhwah antara kita semua. Sekalung penghargaan buat semua warga PMJ yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Tahniah juga diucapkan buat semua peserta yang terlibat.

Read More