KUNJUNGAN POLITEKNIK MERSING KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN β€˜SOFT LAUNCH’ PAKEJ PELANCONGAN LESTARI RUMAH EKO 2025

Pada 24 April 2025, Politeknik Mersing (PMJ) berbesar hati menerima jemputan Tengah Island Conservation (TIC) untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Soft Launch Pakej Pelancongan Lestari Rumah Eko 2025 bertempat di Rumah Eko, Pulau Besar.

PMJ diwakili oleh Pengarah Politeknik Mersing, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian dan Ketua Penyelidik Projek TARGS 2025, Projek SPIES & Geran UNDP 2025, Projek BlueNet, Pn. Norazida Ali. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi termasuk Pejabat Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Persatuan Pelancongan Mersing (MTA), Tourism Johor, MOTAC Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (PPD Mersing) dan UKM Marine Ecosystem Research Centre (EKOMAR).

Antara pengisian menarik sepanjang program:

βœ… Lawatan ke Rumah Eko dan kawasan sekitar 🌿

βœ… Demo penggunaan Komposter Makanan RIDAN ♻️

βœ… Gimik pelancaran pakej pelancongan lestari πŸŽ‰

βœ… Aktiviti mencanting batik & pembuatan lilin wangi πŸ–ŒοΈπŸ•―οΈ

βœ… Jamuan mesra bersama komuniti setempat 🍽️

Program ini bertujuan memperkenalkan konsep pelancongan berasaskan komuniti dan kelestarian alam sekitar, di samping mengeratkan hubungan strategik antara TIC, agensi-agensi berkaitan, dan rakan akademik seperti PMJ.

Semoga kerjasama erat ini membuka ruang kolaborasi yang lebih meluas dalam bidang pemuliharaan alam sekitar, pelancongan lestari, dan projek komuniti di masa hadapan.

Read More

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‰π€πŒπ”π€π π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“

Majlis Jamuan Raya Aidilfitri 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana mesra di Politeknik Mersing. Majlis ini merupakan hasil anjuran bersama antara Bank Islam Malaysia Berhad, Politeknik Mersing, dan agensi-agensi daerah Mersing yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam semangat Syawal yang penuh keberkatan.

Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu jemputan serta tetamu kehormat, YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Suasana majlis diserikan lagi dengan marhaban yang dialunkan oleh Ketua-Ketua Kampung Daerah Mersing bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing, diikuti dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Dr. Mohd Taib bin Ismail, Pengarah KWSP Wilayah Selatan, diikuti ucapan oleh Puan Ruminah binti Ismail, Timbalan Pengarah AADK Johor. Kemuncak majlis disempurnakan dengan ucapan oleh tetamu kehormat, YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah.

Sebagai simbol keprihatinan dan kasih sayang, turut diadakan sesi agihan sumbangan duit raya kepada 32 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. Majlis turut meraikan reruai tercantik melalui penyampaian cenderahati, di samping memberikan penghargaan kepada tetamu kehormat yang hadir memeriahkan acara. Para tetamu turut dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa sambil berpeluang melawat reruai dan ruang pameran yang disediakan. Majlis ditutup dengan sesi bergambar kenangan dan seterusnya bersurai dalam suasana penuh ukhwah dan kegembiraan.

Semoga majlis seperti ini terus menjadi jambatan mengeratkan silaturahim antara institusi, agensi dan masyarakat setempat. πŸŒ™

Read More

𝐉𝐏 π€πππ‘π„π‚πˆπ€π“πˆπŽπ ππˆπ†π‡π“ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ“

Dengan penuh meriah dan penuh makna, Jabatan Perdagangan telah menganjurkan Majlis JP Appreciation Night pada 12 April 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Permata Marjan.

Majlis ini merupakan tanda penghargaan kepada pelajar Semester 5 atas segala usaha, komitmen dan pencapaian sepanjang tempoh pengajian mereka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan pensyarah Jabatan Perdagangan, sebagai simbol sokongan dan dorongan kepada para pelajar.

Bertemakan “Klasik”, malam penuh gemerlapan ini bukan sahaja menjadi medan apresiasi, tetapi juga wadah mempererat silaturahim dalam suasana yang penuh keceriaan dan kenangan manis. 🌹

Tahniah kepada semua pelajar Semester 5 JP! Semoga terus sukses di masa hadapan

Read More

BEST PRACTICE EXCHANGE @ MERLIMAU POLYTECHNIC

11 APRIL 2025 | FRIDAY | POLYTECHNIC MERLIMAU

The best practice exchange program between Commerce Club Department of Commerce (CCJP), Merlimau Polytechnic and Commerce Department Student Association (PPJP), Mersing Polytechnic has been held successfully on 10 to 11 April 2025 at Merlimau Polytech, Melaka.

The program opens up a space of collaboration that benefits both parties in sharing management experiences as well as strengthening leadership among student union members. The meeting also served as a platform to exchange ideas and widen the network between students from two polytechnic institutions.

A million thanks to all parties who have made this program a success. May this spirit of cooperation and knowledge sharing continue to flourish among polytechnic students!

Read More

𝐓𝐕𝐄𝐓@ππŽπ‹π˜π‚π‚ ππˆπ‹πˆπ‡π€π πŠπ„π‘π‰π€π˜π€

Pada 11 April 2025 (Jumaat), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing telah menerima lawatan rasmi daripada 40 orang pelajar Tingkatan 5 Aliran Sains Komputer SMK Mersing bersama 4 orang guru pengiring dalam Program TVET@POLYCC Pilihan Kerjaya.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang laluan pendidikan dan kerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat serta memperkenalkan persekitaran pembelajaran di institusi TVET.

Antara pengisian menarik sepanjang program ialah:

* Taklimat pendidikan dan kerjaya TVET

* Aktiviti simulasi asas kepada bidang pengkomputeran

* Lawatan ke makmal JTMK serta sesi interaktif bersama pelajar politeknik

Program ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada para pelajar, malah mengeratkan lagi hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah di daerah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana dan pihak SMK Mersing atas kerjasama yang sangat baik. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan semangat pelajar terhadap bidang TVET dan teknologi digital.

Read More