KUNJUNGAN HORMAT YADIM JOHOR BERSAMA POLITEKNIK MERSING
18 JULAI 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING
Politeknik Mersing telah berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh Tuan Muhamad Ammar bin Abdullah, Pengarah YADIM Negeri Johor dan Tuan Mohd Khamis bin Mohamad Sani, Penolong Pengarah YADIM Negeri Johor ke atas Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing bertempat di Pejabat Pengarah Politeknik Mersing pada hari ini.Turut hadir sama menyambut kunjungan ini adalah Puan Hajah Azreen binti Khamis; Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Suhana binti Ismail; Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Puan Hajah Siti Nurazani binti Mustaffa; Ketua Unit Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Cik Norhaslinda binti Muhammadin; Ketua Kursus Bahasa, Jabatan Pengajian Am.
Antara isu dan perbincangan yang meliputi:
1. Perancangan kerjasama strategik antara YADIM Johor dan Politeknik Mersing.
2. Peranan YADIM dalam memperkasa pemahaman keperluan kenegaraan , keselamatan negara dan konsep Malaysia Madani kepada warga politeknik.
3. Peranan sosial dan tanggungjawab siswa.
Seluruh warga PMJ berbesar hati menerima kunjungan ini. Diharapkan kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membentuk mahasiswa harapan negara.