MESYUARAT KOLABORASI & LAWATAN POLITEKNIK CALTEX RIAU KE POLITEKNIK MERSING

30 JULAI 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Pada 30 Julai 2024, dua orang wakil pengurusan daripada Politeknik Caltex Riau, Indonesia (PCR) telah berkunjung ke Politeknik Mersing sebagai satu inisiatif untuk melanjutkan kolaborasi di antara kedua-dua buah institusi.
Mesyuarat kolaborasi ini dihadiri oleh Pengurusan Politeknik Mersing, KJHEP, wakil Cyberange Academy, Pegawai Pengantarabangsaan PMJ serta wakil pengurusan Politeknik Caltex Riau; Zainal Arifin Renaldo (Deputy Director for Partnership) & Satria Perdana Arifin (Head of Student Affairs). Pelbagai potensi kerjasama telah dibincangkan termasuklah perkongsian profil institusi, perancangan program mobiliti dan majlis menandatangani Letter of Intent (LOI). Politeknik turut diundang ke RAKERNAS PELITA yang bakal dikendalikan oleh Politeknik Caltex Riau pada bulan Oktober nanti.

Seusai mesyuarat tersebut, pelawat telah dibawa ke makmal Cyberange Academy untuk perkongsian tentang pencapaian dan aktiviti-aktiviti yang telah di laksanakan oleh CRA.
Semoga inisiatif ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antarabangsa yang sudah lama terbina.

Read More

PEMERKASAAN BAKAT PELAJAR MELALUI PEMBANGUNAN WEB KEPADA KOMUNITI

1 OGOS 2024 | KHAMIS | PULAU BESAR, MERSING

Unit Keusahawanan Politeknik Mersing telah melaksanakan kerjasama bersama Ayuha Village bagi Pembangunan web. Pembangunan Web ini telah dilaksanakan oleh Pelajar JTMK dalam usaha keterlibatan Politeknik Mersing bersama komuniti setempat disamping menyerlahkan bakat pelajar menghasilkan satu projek yang berimpak tinggi dan dimanfaatkan bersama. Simbolik penyerahan web ini telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing dan disampaikan kepada YBrs. En Abdul Hakim bin Rahmat selaku Pengurus Ayuha Village. Berikut ialah pelajar-pelajar yang terlibat dalam Pembangunan web untuk Ayuha Village:-
1) Mohamad Azrulnizam Bin Jaimiliza
2) Ahmad Nazmi bin Mohd Hakimi

Tahniah diucapkan dengan usaha dan komitmen yang memberi impak kepada komuniti ini. Semoga banyak lagi projek-projek yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar PMJ yang boleh dimanfaat untuk komuniti. Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Read More

POLITEKNIK MERSING LAKSANA PROGRAM PSR: POKOK ANGKAT DI PULAU BESAR UNTUK SOKONG MATLAMAT SMARTGREEN DAN SDGS

1 OGOS 2024 | KHAMIS | PULAU BESAR, MERSING

Polytechnic Social Responsibility(PSR): Program Pokok Angkat @Pulau Besar, Mersing yang telah berlangsung pada 1 Ogos 2024. Aktiviti penanaman anak pokok Kelapa Pandan dan sumbangan barangan kering kepada komuniti Pulau Besar Mersing adalah sebahagian dari aktiviti yang menyokong pencapaian matlamat Blueprint Smartgreen PolyCC 2021-2024 dan juga salah satu aktiviti dalam MPCCSustAward 2024 yg akan berlangsung di PMJ pada bulan September 2024 nanti.
Sebanyak 20 anak Pokok Kelapa Pandan telah disumbangkan kepada komuniti Pulau Besar, Mersing untuk ditanam di sepanjang lokasi yang ditetapkan. Demi untuk menyokong Matlamat Pembangunan Kemampanan (Sustainability Development Goals-SDGs), SmartGreen POLYCC PMJ telah menyahut cabaran untuk melaksanakan Program Pokok Angkat @Pulau Besar, Mersing dimana merupakan salah satu agenda dalam mengurangkan jejak karbon di Pulau Besar, Mersing. Simbolik perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Robert @ Kert Swee Tian dan YBrs. Tok Kelana Ali Kahar, Pengerusi JPKK, Ketua Kampung Pulau Besar.

Turut hadir sama ialah:-
1) YBrs. Puan Noor Nabilah binti Masnawi,
Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Pejabat Daerah Mersing sebagai Wakil Rasmi Pegawai Daerah Mersing.
2) YBrs. Tn. Hj Mohamad Yusof bin Sulaiman
Pengerusi SmartGreen PolyCC Malaysia
3) YBrs. Dr. LAr. Rohaniah binti Mohd Nor
Ketua Seksyen Teknologi, Bahagian Kurikulum, JPPKK
4) YBrs. En Abdul Hakim bin Rahmat
Pengurus Ayuha Village
5) YBrs. Ts. Murugan Krishnan
Pengerusi SmartGreen Politeknik Mersing

Semoga dengan penganjuran program ini dapat memupuk kesedaran kepada para peserta terutamanya komuniti setempat dalam memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam usaha menyokong pengurangan karbon yang boleh menyebabkan peningkatan suhu global yang menjadi ancaman kepada negara. PMJ komited dalam menjadikan Mersing daerah pelancongan lestari. Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Read More

LENSA PMJ MERAKAM MOMEN SEPANJANG HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I 2024/2025

Kami mengalukan kedatangan anda untuk menjadi sebahagian keluarga POLYCC. Ayuh terbang tinggi mengukir kecemerlangan bersama kami.
Tahniah dan syabas kerana anda telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih Politeknik Mersing yang merupakan peneraju institusi TVET.
Semoga momen yang terakam ini menjadi kenangan untuk semua. Langkah pertama hari ini yang bakal menjadi titik mula kejayaan anda semua.
Read More

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BARISAN KEPIMPINAN KELANASISWA POLITEKNIK MERSING

28 JULAI 2024 | AHAD | UTHM
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan Kelanasiswa PMJ di atas Pengalungan Manikayu 2 Butir Unit Pengakap Kelana sempena Istiadat Penganugerahan Anugerah dan Pencapaian Tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelanasiswa Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke-VIII Tahun 2024 yang diadakan di UTHM Batu Pahat
Pegawai yang terlibat ialah:-
1) Encik Mohd Khairul Nizam bin Abdul Talib
2) Encik Kamarul Ariff bin Abu Mansor
3) Encik Nazid bin Sarji
4) Encik Mohd Fairuz bin Yacob
Read More