SAMBUTAN KETIBAAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH MERSING

27 JULAI 2024 | SABTU | PADANG POLITEKNIK MERSING

Pengarah Politeknik Mersing, Ts. DR. Robert @ Kerk Swee Tian bersama-sama Pentadbiran Daerah Mersing berbesar hati menyambut ketibaan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Padang Politeknik Mersing sempena Lawatan Kerja Rasmi beliau di Daerah Mersing.

Warga Politeknik Mersing mengalu-alukan kedatangan YAB Dato’ Seri dan delegasi ke Daerah Mersing dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian membuat lawatan ke daerah kami ini.
Semoga dengan lawatan ini memberi impak positif dan dapat meningkatkan pembangunan dan ekonomi di Daerah Mersing.

Sumber Gambar: Majlis Daerah Mersing

Read More

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2024

25 JULAI 2024 | KHAMIS | DEWAN PERMATA MARJAN, POLITEKNIK MERSING

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Julai yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan yang bertemakan sukan. Staf Politeknik Mersing dibahagikan kepada 5 pasukan iaitu pasukan Satria, Waja, Wira, Perdana dan Saga. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Satria kerana telah menjadi Johan pada pertandingan kali ini.

Sukan merupakan salah satu medium terbaik untuk merapatkan ukhuwah dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf Politeknik Mersing. Aktiviti sukan bukan sahaja memberi peluang kepada staf untuk berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain dalam suasana yang santai, tetapi juga menggalakkan kerjasama dan komunikasi yang lebih baik. Sekalung penghargaan diucapkan buat Semua Staf Politeknik Mersing yang komited dalam menjayakan perhimpunan bulanan pada kali ini. Semoga kita terus cemerlang dan mengekalkan gaya hidup sihat.

Read More

SEMINAR GAYA HIDUP SIHAT WARGA POLYCC ZON 2024

22 JULAI 2024 | ISNIN | PAGOH

Seminar Gaya Hidup Sihat Warga Polycc Johor telah diadakan pada 22 Julai 2024 bertempat di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail Pagoh anjuran Bersama PolyCC Zon Johor Utara.
Pada kali ini terdapat dua sukan yang dipertandingkan iaitu Sukan Ping Pong Berpasukan dan Bola Tampar. Politeknik Mersing telah menghantar seramai 17 orang pegawai bagi menyertai program tersebut. Terima Kasih diucapkan kepada pihak Kelab Staf Politeknik Mersing telah berbesar hati menyumbang bagi Jersey Pasukan.

Acara Flagoff Pasukan telah disempurnakan oleh Puan Hjh Azreen Binti Khamis, Timbalan Pengarah Politeknik Mersing dan turut hadir ialah En. Wan Burhanuding Bin Ibrahim selaku wakil Kelab Staf PMJ pada 21 Julai 2024 di Politeknik Mersing.
Seramai 250 orang peserta daripada 15 buah Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Johor telah menyertai program ini. Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Ts. Hamdan bin Saidin, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh. Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan warga POLYCC JDT dan seterusnya menggalakkan warga untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat. Tahniah diucapkan kepada Penganjur dan para peserta yang menyertai program ini.

Read More

ENTRECAMP MALAYSIA : GRAND FINAL 2024

23 JULY 2024 | TUESDAY | ASIA PACIFIC UNIVERSITY, KUALA LUMPUR

Congratulations and Well Done to the Vis.io team has successfully defeated 10 other Public Universities and won First Place in EntreCamp Malaysia 2024
For the information of the citizens, the Vis.io Group is one of the 3 groups that represent the State of Johor to the final round that took place in Asia Pacific University, Kuala Lumpur on 23 July 2024.
By putting vision aids at stake, this group will compete with great groups from Public and private universities in Malaysia.

The team consists of:
1. Syamendrra Ruben a/l Subas
2. Mohd Fauzi bin Adabi
3. Zarri Rasha daughter of Hakimi
4. Harvin a/l Subramaniam
5. Shaila Ashmi Nair a/p Sivasegaran

Thank you to the mentors and PMJ citizens who are involved in this program. May PMJ continue to excel and produce successful entrepreneurs.

Read More

KEJOHANAN JUMP ROPE NATIONAL

21 JULAI 2024 | AHAD | IOI MALL PUTRAJAYA
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pasukan PMJumpers yang berjaya meraih tempat ketiga dan keempat dari keseluruhan 70 peserta yang bertanding dari seluruh negeri di Malaysia. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih mencipta kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
Read More

LAWATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PROJEK AKHIR PELAJAR DI BAWAH PROJEK PEMBANGUNAN APLIKASI TENAGA LESTARI DAN TEKNOLOGI HIJAU

Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing (JKE, PMJ) dengan kerjasama Tengah Island Conservation (TIC)
Lokasi: Pulau Tengah & Pulau Besar, Mersing
Tarikh: 10 hingga 24 Julai 2024

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing dengan kerjasama Tengah Island Conservation (TIC) telah mengadakan lawatan penyelidikan dan pembangunan projek akhir pelajar yang bertemakan Projek Pembangunan Aplikasi Tenaga Lestari dan Teknologi Hijau di Pulau Tengah, Mersing dari 10 hingga 24 Julai 2024. Program ini bertujuan untuk menguji dan memantau sistem prototaip yang telah dibangunkan oleh pelajar-pelajar kami serta menyokong aktiviti pemuliharaan alam sekitar.
Peserta Terlibat (Pelajar Semester 5 – Projek Akhir):
1. Muhammad Asyraf bin Kasman
2. Muhammad Ammsyar Amer bin Kamsani
3. Muhammad Hafizuddin bin Dirman
4. Muhammad Shahrul Irfan bin Mohd Sallehuddin
5. Rabiatul Adawiyah binti Mohd Rizaudin
6. Muhammad Nazhif Fitri bin Mohd Naza

Pensyarah Penyelidik (Penyelia Pelajar):
1. Norazida Ali
2. Ts. Raja Faraazlina Raja Mohamed Junior

Aktiviti Utama Semasa Lawatan:
1. Pemasangan Projek: Pelajar berjaya memasang sistem prototaip projek dengan dipantau oleh penyelia projek.
2. Ujian dan Pemantauan: Pelajar menjalankan ujian dan pemantauan menyeluruh terhadap sistem untuk memastikan fungsi dan kebolehpercayaan.
3. Pengumpulan dan Analisis Data: Data persekitaran telah dikumpul dan dianalisis untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan projek.
4. Latihan Kemahiran dan Sukarelawan: Pelajar terlibat dalam aktiviti latihan industri dan kerja sukarela untuk menyokong projek pemuliharaan yang sedang dijalankan oleh TIC.
5. Laporan Harian: Kemajuan dan penemuan telah didokumentasikan melalui laporan harian dan mesyuarat pasukan.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam suasana sebenar, tetapi juga memupuk semangat sukarelawan dan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Kerjasama dengan Tengah Island Conservation (TIC) telah memberi pelajar pengalaman yang berharga dan memperkukuhkan lagi hubungan antara institusi pendidikan dan organisasi pemuliharaan.
Kami mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan penyelia yang terlibat atas dedikasi dan usaha gigih mereka menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk lebih banyak projek yang memanfaatkan teknologi hijau dan tenaga lestari di masa hadapan.

Read More

LAWATAN PENANDA ARAS ETAC DAN OSHA KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) KAMPUS PAGOH

22 JULAI 2024 | ISNIN | UTHM KAMPUS PAGOH

Satu Lawatan Penanda Aras ETAC dan OSHA telah dilaksanakan oleh Jabatan kejuruteraan Elektrik dan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerja ke UTHM Kampus cawangan Pagoh. Lawatan disertai seramai 22 orang pensyarah dan staf dari JKE dan 7 orang daripada JKKP.

Objektif lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan dan menambahbaik program-program kejuruteraan yang ditawarkan oleh Politeknik Mersing khususnya bagi Program yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan elektrik. Lawatan ini juga untuk mendapatkan pandangan dan input dari Pengajian Diploma UTHM dalam membina dan meningkatkan kualiti kurikulum serta kaedah PdP dalam bidang kejuruteraan. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM diatas kerjasama sepanjang lawatan ini berlangsung. Semoga kerjasama ini berterusan dimasa akan datang.

Read More

POLITEKNIK MERSING RANGKUL EMAS DI BIF ’24

19 JULAI 2024 | JUMAAT | ATAS TALIAN

Tahniah diucapkan kepada pasukan PMJ dari Unit Bahasa Inggeris Jabatan Pengajian Am yang telah berjaya memenangi emas bagi kategori Pengajaran dan Pembelajaran di Borneo Innovation Festival (BIF ’24) melalui inovasi Ro-Ji (Redo of Job Interview) yang membantu para pelajar untuk bersedia menghadapi temuduga pekerjaan. Syabas di atas segala komitmen, dedikasi, kreativiti, dan usaha dalam menghasilkan inovasi ini.

Read More

KUNJUNGAN HORMAT YADIM JOHOR BERSAMA POLITEKNIK MERSING

18 JULAI 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Politeknik Mersing telah berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh Tuan Muhamad Ammar bin Abdullah, Pengarah YADIM Negeri Johor dan Tuan Mohd Khamis bin Mohamad Sani, Penolong Pengarah YADIM Negeri Johor ke atas Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing bertempat di Pejabat Pengarah Politeknik Mersing pada hari ini.Turut hadir sama menyambut kunjungan ini adalah Puan Hajah Azreen binti Khamis; Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Suhana binti Ismail; Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Puan Hajah Siti Nurazani binti Mustaffa; Ketua Unit Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Cik Norhaslinda binti Muhammadin; Ketua Kursus Bahasa, Jabatan Pengajian Am.

Antara isu dan perbincangan yang meliputi:
1. Perancangan kerjasama strategik antara YADIM Johor dan Politeknik Mersing.
2. Peranan YADIM dalam memperkasa pemahaman keperluan kenegaraan , keselamatan negara dan konsep Malaysia Madani kepada warga politeknik.
3. Peranan sosial dan tanggungjawab siswa.

Seluruh warga PMJ berbesar hati menerima kunjungan ini. Diharapkan kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membentuk mahasiswa harapan negara.

Read More

BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PENGUJIAN SISTEM PENYELIDIKAN POLYCC – ORAS (ONLINE RESEARCH APPLICATION SYSTEM)

18 JULAI 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Telah berlangsung satu kunjungan dari Unit Penyelidikan, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi menghadiri Bengkel Pembangunan dan Pengujian Sistem Penyelidikan POLYCC – ORAS (Online Research Application System) yang dilaksanakan pada 14 – 18 Julai 2024 bertempat di Politeknik Mersing.
Unit Penyelidikan, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK dihadiri oleh:
1-Dr. Siti Rosminah binti Md Derus
2-Pn. Nik Khairul Bariyyah binti Abdul Hamid.

Pegawai JTMK, PMJ yang terlibat dlm pembangunan sistem ini adalah:
1-Ts. Suhana binti Ismail
2-Ts. Zainorin bin Saari
3-Ts. Noor Hayati binti Basan
4-En. Muhammad Iqbal Hakim bin Che Omar

Projek usahasama antara Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi bersama Unit Penyelidikan, PPI, JPPKK melibatkan pembangunan Online Research Application System (ORAS) yang diselia oleh Ts. Noor Hayati binti Basan bersama kumpulan pelajarnya iaitu Mohamad Shafiq Haikal bin Mohd Asri dan Muhammad Azreen bin Abdul Mutalib. Pengarah Politeknik Mersing, Ts. DR. Robert @ Kerk Swee Tian turut menyambut baik kolaborasi yang berimpak tinggi antara kedua-dua pihak disamping keterlibatan projek inovasi pelajar yang dikomersilkan untuk kegunaan bersama.

Read More