𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐁𝐀𝐘𝐀, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀
Unit Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa (HEPA) dengan kerjasama Jabatan Perdagangan (JP) dan Unit Keusahawanan (UKS) Politeknik Mersing dengan jayanya telah mengadakan program “TVET Student Mobility: Globalizing Entrepreneurship” di Politeknik Ubaya, Surabaya, Indonesia pada 26-30 Jun 2024 yang lalu. Sepanjang program ini, peserta telah didedahkan kepada pelbagai aspek keusahawanan global melalui sesi ceramah, bengkel praktikal, dan lawatan industri di PT Borwita Citra Prima, Surabaya, Indonesia yang mana salah satu industri yang besar dan aktif dalam pelaksanaan pengedaran produk makanan. Kerjasama erat antara Unit Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa, Jabatan Perdagangan, dan Unit Keusahawanan telah memastikan setiap aktiviti dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Selain itu, program ini turut merangkumi aktiviti khidmat masyarakat di Desa Tosari. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran dan penglibatan mereka dalam pembangunan komuniti tetapi, para peserta diberikan peluang untuk saling berkongsi idea dan pendapat bersama para usahawan di desa tersebut. Aktiviti ini juga merangkumi aspek ilmiah dan komunikasi dimana peserta membantu penduduk di Desa Tosari untuk berinteraksi dan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta, tetapi juga memperluas jaringan mereka di peringkat antarabangsa. Maklum balas positif daripada peserta dan penceramah menunjukkan bahawa objektif program telah dicapai dengan cemerlang. Di samping itu, pelajar-pelajar juga menunjukkan minat yang mendalam untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam projek-projek keusahawanan mereka di masa hadapan. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya meletakkan asas yang kukuh bagi memperkasa keusahawanan dalam kalangan pelajar TVET, sekaligus mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran dalam ekonomi global, sambil menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat melalui aktiviti khidmat masyarakat.