𝟏𝟗 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

PROGRAM CAKNA 4U KASIH RAMADAN telah berjaya mengagihkan 500 pek juadah berbuka puasa kepada pelajar Politeknik Mersing di Kiosk Dbizz.

Inisiatif ini dianjurkan oleh Unit Kebajikan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi menyemai nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan pelajar sepanjang bulan Ramadan. Pek makanan yang diberikan mengandungi hidangan manis untuk dinikmati bersama ketika berbuka puasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Koperasi PMJ atas sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat mengeratkan ukhwah serta memberi manfaat kepada semua.