𝟗 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐃𝐊𝟐, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Program 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐭𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 – 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 telah berjaya dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai potensi besar dalam industri keusahawanan kecantikan.

Melalui perkongsian eksklusif oleh seorang Perunding Kecantikan, para peserta didedahkan kepada:

✨ Kelebihan dan cabaran dalam industri kecantikan

✨ Teknik pengurusan perniagaan yang efektif

✨ Inovasi dan teknologi terkini dalam bidang kecantikan

Program ini bukan sahaja memberi manfaat ilmu, malah membuka ruang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan serta mempersiapkan diri menembusi pasaran kecantikan yang kian berkembang.

Objektif utama program ini:

1. Menyokong penilaian pelajar Kelab Keusahawanan Ko-kurikulum MPU24021 melalui Mini Projek.

2. Menyumbang kepada pencapaian KPI 1 (PERSIST) Unit Keusahawanan.

3. Mengenal pasti trend dan permintaan pasaran dalam industri kecantikan sebagai peluang perniagaan baharu.

Tahniah kepada semua yang terlibat!