𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Warga Politeknik Mersing Johor turut serta memeriahkan Program Ambang Merdeka serta Perarakan & Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Penyertaan ini mencerminkan semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan negara, seiring tema sambutan kemerdekaan tahun ini.

Kehadiran warga PMJ bukan sahaja menyemarakkan suasana sambutan, malah memperkukuh jati diri dan semangat Malaysia Madani.

PMJ terus bersama mengangkat semangat kemerdekaan – Integriti, Perpaduan, Kemajuan untuk negara tercinta!