𝟑 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐋𝐈𝐌𝐀𝐔, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

Telah berlangsung satu Festival Kebudayaan & Warisan (FESKEW) Ke-12, 2024 yang diadakan di Politeknik Merlimau (PMM) dengan penuh gemilang dan meriah dengan kehadiran peserta dari POLYCC. Festival tahunan yang sangat dinantikan ini menjadi titik penemuan yang menakjubkan bagi pemuzik, seniman, dan pecinta seni dan warisan dari politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia.

Dalam majlis penutup malam tadi, Pengarah PMM turut menyerahkan Bendera FESKEW kepada Pengarah Politeknik Mersing Johor, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian selaku tuan rumah bagi penganjuran FESKEW yang Ke-13 akan datang.
Semoga dengan penganjuran festival seperti ini dapat menonjolkan lebih banyak bakat POLYCC seterusnya mengangkat martabat seni budaya dikalangan anak muda.