π ππππ ππππ | ππππ | ππππππππππ πππππππ
Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah menerima lawatan kerja rasmi daripada YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), bagi meninjau kemudahan infrastruktur dan membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan institusi.
Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini ialah pegawai-pegawai kanan dari KPT dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) termasuk:
En. Abdul Aziz bin Abdullah, PK Datoβ TKSU (KPT)
Dr. Fary Akmal binti Osman, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan, KPT
En. Azim Hariz bin Ahmad Zaki, Penolong Setiausaha, Unit Politeknik & Kolej Komuniti
En. A. Azman bin Arshad, Pengarah BPPI, JPPKK
En. Anuar bin Ismail, Timbalan Pengarah Perancangan Projek, BPPI
En. Mohd Fazry bin A. Rahman, Penolong Pengarah Kanan Infrastruktur & Fasiliti, BPPI
Lawatan ini turut merangkumi sesi taklimat pengurusan PMJ, pembentangan status semasa penyelenggaraan fasiliti serta perbincangan cadangan beberapa projek pembangunan yang dirancang bagi memperkasa kemudahan dan kelestarian kampus.
Delegasi juga berpeluang meninjau beberapa fasiliti utama institusi seperti dewan, makmal akademik, kamsis serta kawasan cadangan pembangunan yang berpotensi untuk pelaksanaan inisiatif masa depan.
Menurut Pengarah PMJ, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, lawatan ini merupakan penghormatan besar kepada PMJ dan memberi ruang penting untuk penyelarasan keperluan pembangunan bersama pihak kementerian. Pihak institusi berharap lawatan ini akan menjadi pemangkin kepada kelulusan projek dan penambahbaikan kemudahan demi manfaat warga politeknik serta komuniti setempat.
