Politeknik Mersing akan menghantar 8 peserta dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, dan Jabatan Teknologi dan Maklumat menyertai pertandingan Kemahiran Polyccskills dalam bidang Stenography, Electronics, IT Software Solutions for Business, dan IT Network System Administration.
Pertandingan Polyccskills yang akan disertai oleh Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia adalah platform untuk peserta dan institusi untuk menunjukkan kecekapan dan kemahiran yang telah dipelajari dan diasah melalui pendidikan formal dan latihan praktikal. Ini adalah kesempatan bagi mereka untuk berinteraksi, berkongsi pengetahuan, dan menguji kemampuan mereka dalam suasana yang kompetitif.
Berikut adalah senarai pelajar yang akan mewakili Politeknik Mersing:-
Bidang: IT Software Solution For Business
Naqib Muhaimin Bin Mohd Fadli (25DDT22F1106)
Irfan Afham Bin Zanodin (25DDT22F1025)
Bidang: Stenography
Nur Balqis Binti Roslan (25DSK22F1008)
Sara Irdeena Bariyya Binti Abdullah (25DSK22F1031)
Nurul Shuhada Binti Roslan (25DSK22F1032)
Bidang: IT Network System Administration
Low Shu Jun (25DDT23F1176)
Soh Xin Wen (25DDT23F1177)
Bidang: Electronics
Mohammad Syaheer Bin Mohd Sha’izan (25DET23F1020)
Diharap berkat kesungguhan jurulatih dalam membimbing peserta untuk mewakili Politeknik Mersing dalam Pertandingan Kemahiran Polyccskills 2024 akan membuahkan hasil dengan kemenangan dalam bidang masing-masing.
Semoga berjaya ke membawa pingat dan mengangkat kejayaan untuk Politeknik Mersing dan moga PMJ maju lebih tinggi. Selamat Maju Jaya Team Polyccskills Politeknik Mersing !