πŸŽπŸ’ π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ | πŠπ‡π€πŒπˆπ’ | π‚π˜ππ„π‘π’π„π‚π”π‘πˆπ“π˜ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Unit CISEC PMJ telah mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa penasihat industri (JPI) yang bertujuan untuk membangun dan mengukuhkan hubungan antara Politeknik mersing dan pihak industri. Juga, mesyuarat ini turut membincangkan hala tuju dan menilai potensi kerjasama dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Ts. Dr. Hj. Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia. Ahli mesyuarat yang lain yang hadir adalah terdiri dari 6 syarikat iaitu Supreme Didactic Sdn. Bhd., Syarikat Jun Chong Sdn Bhd, Suria Pembekal Umum Sdn. Bhd., Yann Riff Empire, Akar Indah Engineering dan SL Cybersec Solutions Sdn Bhd.

Antara yang dibincangkan ialah data dan pencapaian PMJ sepanjang tahun 2024 melalui program-program yang berimpak tinggi yang memberi fokus kepada Pembangunan pelajar dan sinergi industry ke arah memperkasakan PMJ di lensa institusi TVET yang cemerlang.
Terdapat 3 usul yang diketengahkan pada mesyuarat kali ini, iaitu pembentukan Reskilling, Upskilling Center (RUC), sokongan program pensyarah pelawat industri dan flagship CyberSecurity bagi 4IR.
Semoga segala yang diperbincangkan berjaya direalisasikan pada tahun 2025 dan PMJ terus cemerlang terbang tinggi melakar kejayaan kelak. Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.