𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍, 𝐏𝐌𝐉

Majlis Penutupan Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I: 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Mersing, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian. Majlis ini turut menyaksikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan PMJ, sebagai simbol permulaan sambutan yang akan menggalakkan warga PMJ menghayati nilai patriotisme, perpaduan, dan kecintaan terhadap negara.

Sepanjang pelaksanaan MTS, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran di politeknik, membina keyakinan diri, serta mengukuhkan hubungan antara pelajar dan pensyarah. Semua ini diharap dapat menjadi asas kukuh dalam melahirkan graduan TVET yang berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti tinggi.

💡 Semoga semangat yang dibina sepanjang MTS terus menjadi pendorong kepada kejayaan akademik dan pembentukan peribadi unggul pelajar PMJ.