𝟐𝟑 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐌, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀
Politeknik Mersing meneruskan komitmen ke arah globalisasi pendidikan melalui jaringan strategik dan sinergi ilmu antarabangsa dengan institusi di Kepulauan Riau, Indonesia iaitu Universitas Ibnu Sina (UIS) dan Sekolah Tinggi Agama Ibnu Sina (STAI), Batam.
Delegasi dari PMJ diketuai oleh:
• Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah
• Pn. Azreen Binti Khamis, Timbalan Pengarah
• Cik Norhaslinda Binti Muhamadin, Pegawai Pengantarabangsaan
• Ts. R. Faraazlina Binti R. Mohamed Junior, Ketua Unit Komunikasi Korporat
Delegasi ini disambut oleh barisan pengurusan dan pensyarah dari kedua-dua Institusi yang diketuai oleh Assoc. Prof. Dr. Ir . Larissang, MT.,IPU, Rektor UIS dan Dr. H. Muhammad Juni Beddu, Lc., MA, Ketua STAI. Melalui pertemuan dan perbincangan berfokus, kedua-dua pihak bersetuju untuk merintis kerjasama dalam aspek akademik, latihan industri, pertukaran pelajar, serta penglibatan dalam penganjuran bersama dalam Liga Ilmu Serantau (LIS) 2025 kali ke-11.
Langkah ini membuktikan komitmen PMJ dalam memperluas jalinan TVET merentas sempadan dan membina masa depan pendidikan yang lebih inklusif dan berimpak tinggi.
Bersama kita menginspirasi pendidikan, merentas sempadan!