𝟐𝟎 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝐉𝐀𝐊𝐀𝐑𝐓𝐀, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀
Politeknik Mersing terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Bina Insani University menerusi Lawatan Kerja dan Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) yang telah berlangsung pada 19-20 Mei 2025 di Bina Insani University, Jakarta, Indonesia.
Hubungan strategik ini telah bermula sejak 19 September 2021 melalui LOI pertama dan ianya diteruskan melalui pelbagai kolaborasi dalam bidang akademik, mobiliti dan pembangunan kapasiti pendidikan TVET.
Delegasi dari Politeknik Mersing diketuai oleh:
• Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah, Politeknik Mersing
• Pn. Azreen Binti Khamis, Timbalan Pengarah
• Cik Norhaslinda Binti Muhamadin, Pegawai Pengantarabangsaan
• Ts. R. Faraazlina Binti R. Mohamed Junior, Ketua Unit Komunikasi Korporat
Kehadiran delegasi Politeknik Mersing disambut mesra oleh barisan pengurusan tertinggi BIU:
1. Assoc. Prof. Dr. Indra Muis S. S., MM – Rektor Bina Insani University
2. Kristiana Widiawati, S.Pd., M.M., CMA – Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
3. Rita Wahyuni Arifin, S.Kom., M.Kom. – Dekan Fakulti Informatik dan Rekabentuk
Turut berlangsung sebagai langkah permulaan bagi tahun 2025 ialah penyertaan Politeknik Mersing dalam The 1st International BIU Conference 2025, di mana Pengarah Politeknik Mersing telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Pelaksanaan TVET dari Perspektif Malaysia & POLYCC: Halatuju, Cabaran dan Harapan” dan seterusnya diikuti dengan Timbalan Pengarah berkongsi topik “Artificial Intelligence (AI) for Academic Writing”.
Kandungan ucaptama ini membuka wacana antarabangsa berkenaan amalan terbaik dalam sistem pendidikan TVET Malaysia, POLYCC dan Politeknik Mersing serta peranan AI dalam meningkatkan kualiti penulisan ilmiah dan penyelidikan.
Sinergi ini terus membuka peluang kerjasama dalam bidang:
Mobiliti pelajar & pensyarah
Pembangunan kurikulum TVET & keusahawanan
Penyelidikan bersama dan inovasi digital
Semoga kerjasama ini terus memperkukuh usaha pengantarabangsaan dan mengangkat nama Politeknik Mersing ke peringkat global.
Bersama kita menginspirasi pendidikan, merentas sempadan!