Telah berlangsung satu Lawatan Penanda Aras Kelab Kebajikan Kakitangan PIS ke Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf Politeknik Mersing, Johor. Lawatan ini bertujuan untuk pengkongsian aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun yang memberi impak kepada organisasi.

Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua kelab dan memberikan inspirasi untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti kebajikan yang bermanfaat pada masa hadapan. Terima kasih atas semua pihak yang terlibat dengan lawatan ini secara langsung ataupun tidak langsung.