𝟒 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆
Politeknik Mersing berbesar hati menerima kunjungan pegawai-pegawai dari Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor, yang diketuai oleh Encik Herman bin Raban, Pengurus Besar Unit SMI Johor. Lawatan kerja ini bertujuan meninjau fasiliti dan kemudahan yang berkaitan dengan Geran Bantuan Peralatan 2025, yang menyokong peningkatan kemudahan serta kompetensi orang muda Johor. Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing, bersama barisan Ketua Jabatan (KJ), Ketua Unit (KU), serta para pensyarah. Delegasi turut dibawa melawat makmal-makmal yang terlibat, diikuti dengan sesi perbincangan yang membincangkan potensi kerjasama serta hala tuju inisiatif ini.
✨ Semoga lawatan ini memberi impak positif kepada institusi dan membuka peluang lebih luas bagi pembangunan modal insan di Johor.
🙏 Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan lawatan ini.