Dengan penuh meriah dan penuh makna, Jabatan Perdagangan telah menganjurkan Majlis JP Appreciation Night pada 12 April 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Permata Marjan.
Majlis ini merupakan tanda penghargaan kepada pelajar Semester 5 atas segala usaha, komitmen dan pencapaian sepanjang tempoh pengajian mereka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan pensyarah Jabatan Perdagangan, sebagai simbol sokongan dan dorongan kepada para pelajar.
Bertemakan “Klasik”, malam penuh gemerlapan ini bukan sahaja menjadi medan apresiasi, tetapi juga wadah mempererat silaturahim dalam suasana yang penuh keceriaan dan kenangan manis.
Tahniah kepada semua pelajar Semester 5 JP! Semoga terus sukses di masa hadapan