Pada 2 hingga 4 Mei yang lalu, Politeknik Mersing telah melakar kejayaan dalam penganjuran di peringkat antarabangsa bagi program Cross Cultural Fitness Jump-Rope Workshop Korea-Johor Malaysia. Delegasi dari Persatuan Lompat Tali Korea (KRSA) telah disambut dengan penuh meriah di Lapangan Terbang Senai oleh JORSIS dan Politeknik Mersing. Program ini telah melibatkan 120 peserta dari 4 politeknik, 2 kolej komuniti, 5 Sekolah Menengah dan 14 Sekolah Rendah.
Tahniah kepada semua peserta yang terlibat:
a) Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC)
1. Politeknik Mersing, Johor
2. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
4. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
5. Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
6. Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor
b) Sekolah Menengah
1. MRSM TDI Pontian
2. SMK Dato Penggawa Barat, Pontian
3. SMK Dato’ Penggawa Timur, Masai
4. SMK Pasir Putih, Pasir Gudang
5. SMK Mersing
c) Sekolah Rendah
1. Sekolah Rendah Agama (SRAB) Mersing
2. SK LKTP Nitar 2 Mersing
3. SK Pengkalan Rinting
4. SK Kong Kong Laut Masai, Johor
5. SK Sedenak Kulai
6. SK Kompleks Uda, Bandar Baru Uda, Johor Baharu
7. SK Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru
8. SK Temenggong Abdul Rahman 2, Johor Bahru
9. SK Tenglu Mersing
10.SK Felda Kahang Barat, Kluang
11. SJKC Yu Hawa, Kota Tinggi
12. SK Sungai Boh, Pontian
13. SK Taman Selesa Jaya, Johor Bahru
14. SK. Sri Tebrau, Johor
Bengkel ini julung kalinya diadakan bagi memperkasakan kemahiran asas sukan lompat tali yang semakin dikenali. Rentetan dari kejayaan Kelab PMJumpers dalam pelbagai kejohanan lompat tali dalam negara dan antarabangsa, Politeknik Mersing mengambil inisiatif bekerjasama dengan Pasukan Lompat Tali Negeri Johor (JORSIS) dan Korea Rope Skipping Association (KRSA) bagi menjayakan bengkel ini. Seramai 17 orang atlit sukan lompat tali dari Korea Selatan telah berkongsi kemahiran bersama peserta.
Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh En. Mohd Fairullah bin Muhammadon, mewakili Pengarah Politeknik Mersing selaku tuan rumah. Turut berucap semasa majlis perasmian penutup ialah Mr. Kim Daejong, Setiausaha Agung Persatuan Lompat Tali Korea (KRSA), Pn. Hjh Habibah binti A. Hamid, Pengarah bagi Johor Sports Jump Rope Association (JORSIS) dan En. Musa bin Atan selaku Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Turut hadir sama ialah Prof. Lee Gyucheol, Presiden Persatuan Lompat Tali Korea (KRSA). Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan lompat tali dari Malaysia dan Korea.
Program ini diakhiri dengan delegasi dari Korea dibawa melawat ke Kepulauan Mersing, Yayasan Warisan Johor dan Kebudayaan Negeri Johor bersesuaian dengan objektif program dalam memberi pengalaman dan pertukaran budaya dan warisan Malaysia kepada delegasi dari Korea ini.
Semoga bengkel ini menjadi pemangkin kepada kemajuan sukan lompat tali Malaysia di persada dunia. Sekalung penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dari semua peserta, jawatankuasa penganjuran yang telah menjayakan program di peringkat antarabangsa ini. Tahniah!!!
Galeri Gambar : https://photos.app.goo.gl/k2abpdUWUbDqs9fn9