𝟏𝟏 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 | 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Bengkel Pembentukan Pos Kabinet & Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya dari 7 hingga 11 Februari 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Besut, Terengganu. Tahniah kepada jawatankuasa dan barisan kepimpinan JPP 2025 telah memberi sepenuh komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini berlangsung. Bengkel ini telah disertai oleh calon-calon JPP menang Pilihanraya Kampus , 6 ahli Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), 3 ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP), 3 ahli Kelab Rakan Ukhuwah bagi memantapkan struktur organisasi serta memperkukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pemimpin mahasiswa.

Sepanjang program ini, para peserta telah menunjukkan semangat kerja berpasukan yang tinggi menerusi aktiviti dan cabaran yang diberi. Selain itu, para peserta turut diberi pendedahan dengan ilmu kenegaraan Malaysia. Slot kenegaraan ini amat berguna dan penting bagi membentuk jati diri peserta , cintakan negara seterusnya meningkatkan semangat kepimpinan yang tinggi pada diri sendiri dan bangsa Malaysia. Gabungan pengisian aktiviti yang meliputi pembinaan negara bangsa, cabaran tali tinggi, cabaran perkhemahan dan kembara hutan ini adalah untuk meningkatkan kecekapan peserta dalam menguruskan organisasi, serta kesungguhan dalam memahami tanggungjawab sebagai wakil mahasiswa.

Dengan terlaksananya bengkel ini, barisan JPP 2025 kini lebih bersedia untuk menggalas amanah dalam memperjuangkan hak, kebajikan, dan kepentingan seluruh warga pelajar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kepimpinan yang dipupuk sepanjang program dapat diterjemahkan dalam usaha memperkasa mahasiswa dan membina komuniti kampus yang lebih progresif.

“Bersama membentuk kepimpinan mahasiswa masa hadapan”
Sumber : JHEP PMJ