𝟏𝟖 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 | 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆
Politeknik Mersing berbesar hati menerima kunjungan kerja dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Delegasi UTHM diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Jumadi Bin Abdul Sukor, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
Fokus utama lawatan kerja ini adalah untuk memberi pendedahan dan menarik minat pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi agar terus melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi di UTHM.
Turut dibincangkankan ialah pengukuhan kerjasama strategik dalam bidang akademik, penyelidikan, dan pembangunan tenaga mahir. Para pelajar turut diberi motivasi tentang kepentingan melanjutkan pengajian serta manfaat menjadi graduan universiti teknikal dan prospek kerjaya.
Terima kasih kepada pihak UTHM atas lawatan kerja ini. Semoga lawatan ini dapat membakar semangat pelajar Politeknik Mersing untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.