Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing, telah menganjurkan Program PSR: Penanaman Hidroponik Berteknologi Solar yang melibatkan 30 pelajar dari SMK Anjung Batu. Program ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada asas penanaman hidroponik serta penggunaan tenaga solar dan teknologi Internet of Things (IoT) dalam bidang pertanian.
Walaupun program ini merangkumi aspek hidroponik, tumpuan utama adalah kepada penggunaan IoT untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan tanaman. Aktiviti praktikal ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami teknologi moden dalam pertanian dan mengembangkan kemahiran dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik).
Program ini diharap dapat membuka minda pelajar tentang potensi teknologi pintar dalam pertanian, sekaligus mempersiapkan mereka dengan pengetahuan yang relevan untuk masa hadapan.