4 SEPTEMBER 2024 | RABU | POLITEKNIK MERSING

Pusat Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Politeknik Mersing Johor dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan PROGRAM IP BIG STAGE 2024 Peringkat Kebangsaan pada 02-04 September 2024 yang bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing. Program IP Big Stage yang bertemakan TVET for All, Nadi Harta Intelek Madani ini merupakan gabungan program antara Kolokium Harta Intelek dengan Youth Celik IP yang memfokuskan kepada kepentingan dan meningkatkan kesedaran terhadap perlindungan harta intelek dikalangan pensyarah dan pelajar. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Youth Challenge (Pelajar), Super Challenge (Pensyarah), Beyond Experience, Rewards Expedition. Kesemua aktiviti ini berkaitan dengan harta intelek yang dikelola oleh pakar daripada MyIPO sendiri.

Majlis Penutup IP BIG STAGE 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni Bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Turut sama ialah YBrs. Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing selaku Wakil Rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK) dan YBrs. Tn. Sh. Arifin bin Sh. Mohd. Noor , Penolong Ketua Pengarah (Perancangan, Pembangunan Perniagaan & Pemasaran) selaku Wakil Rasmi Ketua Pengarah MyIPO.
Manakala penyertaan kali ini adalah melibatkan 100 orang pelajar PolyCC bagi Penyertaan Youth Challenge dan juga 40 orang pensyarah PolyCC bagi Penyertaan Super Challenge. Berikut adalah keputusan rasmi bagi kategori Youth Challenge:-

Peserta Terbaik (Lelaki):

  1. Muhd Putra Shah Bin Muhd Hairi Shah (PMJ)

Peserta Terbaik (Perempuan):

  1. Nur Azlina Binti Sunardi (PTSN)

Peserta Kreatif & Inovasi:

  1. Yuvasriee A/P Kanaiya (PTSN)

Pemenang mengikut Syarikat:-

  1. Pamer Sdn. Bhd
  2. G Coorperation
  3. Ajamer Sdn. Bhd
  4. Lux Living Sdn. Bhd
  5. Klasik Saji Cooperation
  6. Elite Craft Sdn. Bhd
  7. Pureform Sdn. Bhd
  8. Nuansa Sdn. Bhd
  9. StailHaus Sdn. Bhd
  10. Allied Cooperation
  11. Teranova Coorperation

Sekalung TAHNIAH dan SYABAS buat semua peserta yang berani dan berjaya membentangkan hasil projek dengan cemerlang dalam masa yang singkat. Sekalung penghargaan dan Terima kasih juga diucapkan buat semua jawatankuasa, pensyarah pembimbing, peserta-peserta yang menjayakan program ini. Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat memingkatkan kesedaran mengenai kepentingan harta intelek dalam membangunkan dan mengkomersialkan sesebuah idea/teknologi.