22 SEPTEMBER 2024 | AHAD | POLITEKNIK MERSING

Telah berlangsung Program Pensijilan Profesional Basic PLC – Siemens Cooperate With Education (SCE) di bawah Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) KPT 2024 pada 18-22 September 2024 di Makmal Kuasa Elektrik, Politeknik Mersing. Penganjuran program ini adalah kerjasama di antara Supreme Didactic Sdn. Bhd yang merupakan SIEMENS Authorize Training Centre (SATC) dengan Unit CISEC dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing.

Secara dasarnya objektif utama program adalah membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang pengajian dan sebagai nilai tambah para graduan daripada aspek kelayakan profesional, bakat, keterampilan diri dan sahsiah untuk membantu graduan memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan serta mengikut keperluan industri.

Seramai 20 pelajar daripada Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik telah mengikuti program tersebut.

Pada 22 September 2024, telah diadakan Majlis Penyerahan Sijil yang disempurnakan oleh Tn. Hj. Rozmi bin Rahim, Ketua Pegawai Operasi Supreme Didactic Sdn. Bhd dengan diiringi oleh Ts. DR. Robert @ Kerk Swee, Pengarah Politeknik Mersing.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini dan memperolehi Pensijilan Profesional Basic PLC – Siemens Cooperate With Education (SCE). Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam dunia pekerjaan sebenar nanti.