10 SEPTEMBER 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Dalam usaha untuk mempromosikan kelestarian hijau dan kesedaran alam sekitar, POLYCC (Politeknik dan Kolej Komuniti) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Malaysian Polytechnic and Community College Sustainability Award 2024. MPCCSustAward2024 kali ini dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum, JPPKK dengan kerjasama Politeknik Mersing dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Program ini telah disempurnakan oleh 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐬. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐚𝐥𝐮𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐃𝐚𝐮𝐝, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 (𝐆𝐨𝐯𝐞𝐫𝐧𝐚𝐧), 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 & 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒, 𝐣𝐚𝐦 𝟏𝟎.𝟏𝟓 𝐩𝐚𝐠𝐢 bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing.

Program ini bertujuan untuk menyokong matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan seterusnya mengiktiraf dan menghargai usaha POLYCC dalam mengimplementasikan amalan kelestarian serta menyemarakkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Dengan penganjuran program ini telah dapat membuktikan bahawa POLYCC merupakan agen perubahan yang aktif dalam memupuk kesedaran dan tindakan proaktif ke arah pembangunan mampan. Anugerah ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
1) Anugerah Smartgreen PolyCC merangkumi 7 bidang tumpuan utama iaitu Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan, Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim, Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap, Pengurusan Sisa, Pengurusan Air, Pengangkutan dan Perolehan Hijau
2) Anugerah Pengurusan Projek Hijau (GPM)
3) penarafan UI Green Metric

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jawatankuasa yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada TNB diatas sumbangan Skuter Elektrik kepada PolyCC yang terpilih.