10 SEPTEMBER 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2024 peringkat Politeknik Mersing yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bersama kelab-kelab pelajar telah disambut meriah. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing dan turut hadir bersama ialah Pn Azreen Khamis, Timbalan Pengarah, Ts. Suhana Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mohd Fairullah Muhammadon, Ketua Jabatan HEP, Ketua-ketua Jabatan serta para pensyarah.

Antara aktiviti yang menarik semasa majlis penutup ini adalah penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang menyertai aktiviti dan pertandingan serta persembahan pelajar. Tahniah kepada semua pelajar kerana menunjukkan semangat atas kehadiran penuh pelajar ke majlis ini.Antara persembahan yang ditonjolkan pada malam penutup ini adalah:

  1. Kelab Kebudayaan – Tarian Silang Budaya
  2. Kelab Pmjumpers – Persembahan lompat tali
  3. Kelab Silat PMJ – Persembahan Bunga sembah, Solo kreatif dan Tempur
  4. Kelab KRM – Persembahan Silambam

Pengarah mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan kelab-kelab pelajar di bawah JHEP PMJ atas penganjuran pelbagai aktiviti menarik sepanjang Sambutan Kemerdekaan kali ini. Semoga semua warga PMJ terutama pelajar dapat menyemai erti kemerdekaan dalam diri masing masing dan terus bersemangat dan terus mempertahankan pengorbanan nenek moyang kita dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Sumber : Majlis Perwakilan Pelajar