4 SEPTEMBER 2024 | RABU | POLITEKNIK UNGKU OMAR, PERAK

Pihak Yayasan Telekom Malaysia (YTM) menyerahkan sumbangan bernilai RM3.5 juta kepada JPPKK melalui pelancaran TM TVET Madani @ POLYCC sebagai usaha memantapkan lagi sinergi dan kolaborasi antara YTM dengan JPPKK dalam memartabatkan institusi TVET kebangsaan.
Penyerahan ini dilaksanakan bersempena dengan penganjuran Program Industri Nexus POLYCC 2024 (INDex POLYCC 2024) yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Politeknik Ungku Omar (PUO) pagi tadi.
Lensa kejayaan Politeknik Mersing terus diukir dengan menjadi antara 3 politeknik yang menerima peruntukan tersebut antara lain bertujuan untuk melaksanakan aktiviti penyediaan kemudahan pembelajaran mengikuti spesifikasi industri serta latihan dan pensijilan profesional menerusi bidang fokus seperti ‘cybersecurity’, ‘cloud computing’, fiber dan ‘software testing’.

Pemberian pluge ini telah disempurkan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Putih, Pengerusi YTM disaksikan bersama YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir Menteri Pendidikan Tinggi, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK).
Semoga dengan peruntukkan ini, para pensyarah serta pelajar PMJ secara berterusan akan menerima manfaat melalui penawaran program yang mengikut keperluan industri; latihan industri yang berstruktur dan terkini; sekali gus berupaya meningkatkan kebolehpasaran graduan.

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐌𝐉!!!