27 OKTOBER 2024 | AHAD | POLITEKNIK MERSING
Unit Pengantarabangsaan PMJ dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan satu program yang berimpak tinggi iaitu International Mobility Student Exchange Program secara hybrid pada 15 hingga 26 Oktober 2024.
Program ini telah mendapat penyertaan dari Politeknik Caltex-Riau, Politeknik Kampar, Politeknik Jambi, dan Sekolah Tinggi Agama Ibnu Sina. Pelbagai pengisian program telah diadakan antaranya kursus AI, Culture Exchange Webinar, Capture The Flag (CTF) Competition, Keusahawanan bersama IKS, Eksplorasi Negeri Johor, CSR dan pelbagai lagi.
Seramai 20 orang mahasiswa telah menyertai Short Couse for AI – Generative AI: Creating an 1-minute short movie yang dikendalikan secara dalam talian oleh En. Mohd. Fauzi Bin Mohd Sani dan En. Rizman Ezani Bin Razali. Seterusnya seramai 18 orang mahasiswa telah menyertai Webinar Series: Cultural Exchange yang dikendalikan oleh PolyVoice Club dan Ts. Raja Faraazlina. Manakala, seramai 25 orang mahasiswa dan 4 orang pegawai pengiring terlibat dalam sesi bersemuka dari 20 hingga 26 Oktober 2024.
Program ini adalah satu platform yang sangat bermakna dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan antarabangsa dan mempromosikan pertukaran budaya serta pengetahuan di kalangan peserta. Melalui program ini, peserta bukan sahaja akan berpeluang untuk belajar dan berkongsi pengalaman, tetapi juga untuk membina jaringan yang lebih luas dengan rakan-rakan dari pelbagai institusi.
Semoga dengan penyertaan ini, kita dapat mencipta impak yang positif, meningkatkan interpersonal para pelajar dan merapatkan ukhwah antara kita semua. Sekalung penghargaan buat semua warga PMJ yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Tahniah juga diucapkan buat semua peserta yang terlibat.