6 NOVEMBER 2024 | RABU | POLITEKNIK MERSING
Career, HEP, Innovation & Entrepreneurship Festival 2024 (CHIEF’24) yang berlangsung selama dua hari di Politeknik Mersing berjaya menarik penyertaan ramai dan memupuk kebolehpasaran graduan melalui kerjasama strategik bersama pihak industri. Program yang berakhir hari ini menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang kerjaya, inovasi, dan keusahawanan dalam usaha meningkatkan daya saing mereka di pasaran kerja.
Dengan mengangkat tema “Innovation Through Entrepreneurship for Sustainability in TVET Career”, program ini menampilkan pelbagai aktiviti yang memberikan pendedahan langsung kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya, inovasi, dan perkembangan industri terkini. Ia turut memberi ruang kepada pelajar untuk menonjolkan kemahiran keusahawanan, menjadikan CHIEF’24 platform komprehensif bagi memperkasakan graduan.
Majlis Perasmian Penutupan CHIEF’24 dirasmikan oleh Dr. Riam A/P Chau Mai, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, yang turut memuji inisiatif ini sebagai langkah signifikan dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi pengajian dan industri.
CHIEF’24 disambut meriah oleh pelajar, pensyarah, dan industri yang memberikan sokongan penuh, menjadikannya satu platform yang efektif dalam menghubungkan dunia pendidikan dan industri ke arah melahirkan graduan berdaya saing.