JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: ROBOT WORKSHOP – ARDUINO EXPLORATION FOR AUTOMATION

22 OKTOBER 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: ROBOT WORKSHOP – ARDUINO EXPLORATION FOR AUTOMATION pada 21-22 Oktober 2024 bertempat di Makmal JKE, PMJ. Program ini menampilkan penceramah jemputan, En Fahmi dan Ts. Khairul Anuar dari Bizbot Technology.

Program ini bertujuan memberi memberi pendedahan terhadap asas robotik dan penguasaan Arduino. Program ini menyediakan peluang kepada peserta untuk memahami asas-asas robotik dan aplikasi praktikalnya. Kandungan program ini merupakan sebahagian daripada elemen penting yang terdapat di dalam kursus DEC 40053 – Embedded System Application, DEC 50122 – Embedded Robotic & DEC 50132 – Internet Based Controller.

Melalui kerjasama industri dengan Politeknik Mersing, Program seperti ini dapat memberikan impak yang positif kepada peserta untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang robotik dan Arduino, sekaligus membangunkan kreativiti, inovasi, serta kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan dan penyelesaian masalah.

Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.

Read More

JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: THE ULTIMATE RESUME WORKSHOP – KUNCI KEJAYAAN ANDA!

17 OKTOBER 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: THE ULTIMATE RESUME WORKSHOP – KUNCI KEJAYAAN ANDA! Program ini menampilkan penceramah jemputan, Mr. Andrew Lee dan Ms. Livenya Sree dari Revo Global Sdn. Bhd.

Melalui kerjasama dengan Politeknik Mersing, Revo fokus pada memperkasa pelajar dengan menyediakan akses kepada sumber kerjaya yang memudahkan para pelajar dalam menghasilkan resume yang ringkas dan padat. Program ini memberikan pengalaman langsung dalam membina resume profesional, meningkatkan kemahiran temuduga, dan memahami jangkaan industri. Pelajar JKE PMJ dapat manfaat daripada kandungan yang disesuaikan dengan laluan kerjaya mereka sama ada mereka memasuki bidang kejuruteraan, IT, perniagaan, atau sains.

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar Semester 3 dan 5 melibatkan seramai 186 orang pelajar. Turut diadakan juga ialah Simulasi Temuduga yang memberi pendedahan secara langsung dengan teknik temuduga dan kemahiran insaniah. Menerusi simulasi ini juga pelajar terlibat dengan senario lakonan peranan dimana ianya membolehkan pelajar-pelajar dapat mengalami situasi sebenar pengambilan pekerja.

Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.

Read More

FOREST WARRIORS – NATIONAL PARK EXPLORACE

23 OKTOBER 2024 | RABU | TAMAN NEGARA PULAU KUKUP

Pada 23 Oktober 2024, Jabatan Perdagangan anjuran bersama Persatuan Pelajar Jabatan Perdagangan berjaya menganjurkan Forest Warriors – National Park Explorace di Taman Negara Pulau Kukup.

Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan mengasah kemahiran insaniah pelajar seperti komunikasi, kerja berpasukan, dan penyelesaian masalah, sejajar dengan objektif TVET.

Selain itu, pelajar turut diberi pendedahan tentang beberapa spesies pokok bakau dan aktiviti menyemai anak pokok, sebagai usaha memelihara ekosistem hutan paya bakau serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingannya kepada alam sekitar.

Tahniah kepada semua peserta atas semangat luar biasa dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!

Read More