22-23 OKTOBER 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Alhamdulillah selesai Lawatan Penilai Luar bagi program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (DEE) yang berlangsung selama dua hari pada 22 – 23 Oktober 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat JKE, PMJ.

Penutupan Lawatan EE telah disempurnakan oleh Puan Aryati Binti Ramlan, Ketua Jabatan JKE.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada panel Lawatan iaitu Profesor Madya Ts.Dr. Mohd Noor bin Abdullah dari UTHM dan Ts. Dr. Hazriq Izzuan bin Jaafar dari UTEM di atas penambahbaikan dan komen yang positif bagi kedua-dua program tersebut. Tidak lupa terima kasih diucapkan semua yang terlibat, Pengurusan Tertinggi,Unit Jaminan Kualiti, Pemilik Prosedur, staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan lawatan penilai luar berjalan dengan lancar.