17 OKTOBER 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan JKE PSH PROGRAM 2024: SAFETY INDUCTION FOR CONSTRUCTION WORKER (SICW) COURSE – GREEN CARD CIDB pada 17 Oktober 2024 bertempat di DK3, PMJ. Program ini menampilkan penceramah jemputan, En Ahmad Sani Bin Basir dari CIDB Wilayah Selatan.

Program ini bertujuan memberi memberi pendedahan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak binaan. Modul yang diterapkan dalam program ini adalah bertemakan keselamatan dan Kesihatan pekerja di tapak binaan ke arah meningkatkan nilai tambah dan persediaan peserta sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Di samping itu, sepanjang program ini dilaksanakan, pelbagai nilai-nilai positif yang dapat diterapkan antaranya pengurusan masa, amalan-amalan keselamatan yang betul dan sebagainya.

Tidak hanya itu, para peserta dapat mempelajari amalan terbaik yang digunakan dalam industri, termasuk aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan, kelestarian alam sekitar, dan tanggungjawab sosial korporat. Mereka dapat melihat bagaimana industri tersebut mengamalkan prinsip-prinsip beretika dan bertanggungjawab dalam operasi harian mereka.

Selain itu, program ini juga mampu memberi impak yang tinggi dalam mendedahkan kepada peserta tentang OSHA dan kesihatan dan keselamatan pekerja di tapak binaan. Aktiviti di adalah satu keperluan atau passport untuk peserta sebelum mereka melangkah ke latihan industri dan ke alam pekerjaan kelak. Selain itu dengan aktiviti sebegini juga dapat menjalin hubungan kolaborasi politeknik dan pihak luar. Semoga aktiviti ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar ke arah kecemerlangan masa hadapan.

Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.