29 September 2024 (Ahad) – Seramai 455 graduan Politeknik Mersing Sesi I 2022/2023 dan Sesi II 2022/2023 diraikan dalam satu majlis yang gemilang bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing.

Majlis ini disempurnakan oleh Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik), JPPKK, bersama Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah Bahagian Peperiksaan & Penilaian, JPPKK.

Tema majlis konvokesyen kali ini ialah β€œDigitalisasi Pemacu TVET Negara”.

Majlis konvokesyen pada kali ini merupakan Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing ke-12 sejak penubuhannya pada tahun 2008, yang telah berjaya melahirkan lebih daripada 5000 graduan. PMJ sebagai politeknik ke-25 di Malaysia berhasrat berdiri megah dan terbang tinggi serta sentiasa komited dalam melahirkan graduan TVET di Malaysia. Semoga PMJ kekal menjadi pilihan utama para belia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.

Graduan yang diraikan terdiri daripada graduan daripada Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) seramai 166 orang, Diploma Kejuruteraan Elektrik & Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik seramai 180 orang, Diploma Sains Kesetiausahaan & Diploma Pengurusan Perniagaan seramai 109 orang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua graduan PMJ kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.