Pada 22 September 2024 Politeknik Mersing telah menerima kunjungan hormat dari Persekutuan Sesi Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Johor (PSSCPUHMCJ) yang terdiri daripada En Mohd Shukor bin Abu Hassan selaku Yang Di Pertua, En Norkamil Bin Daimin Naib Yang Di Pertua dan barisan Jurulatih bertauliah En. Muhammad Rasyid bin Syukri, En Adi Sumindar Bin Misuan dan Pn Fatin Nadhirah Binti Masron. Turut hadir dalam sesi pertemuan ringkas ini ialah alumni Politeknik Mersing dan kini turut menjadi jurulatih bagi Politeknik Mersing En Mohammed Akhmal Bin Zahari. TS. DR. Robert @ Kerk Swee Tian Pengarah Politeknik Mersing, TS. Suhana binti Ismail Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Ahmad Azlan bin Hamzah Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan dan Pn Zuraidah binti Mohd Ramly hadir mewakili pihak PMJ.

Pada sesi kunjungan hormat kali ini perbincangan adalah berkenaan dengan hala tuju dan kolaborasi antara Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi dan Politeknik Mersing dalam memberi tambah nilai kepada pelajar dengan mengetengahkan bakat pelajar dalam seni silat mahupun dalam aspek kepimpinan mengendalikan program yang akan dijalankan kelak.

Sesi pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderamata dari pihak PSSCPUHMCJ kepada Pengarah PMJ TS. DR. Robert @ Kerk Swee Tian sebagai tanda kenangan. Selain itu Pengarah PMJ turut menerima Buku Nostalgia 35 Tahun Silat Cekak Pusaka Hanafi Johor.