INFO TERKINI
INFO PENTING
PENGENALAN
FUNGSI
CARTA
INFO TERKINI
INFO PENTING
Jadual Peperiksaan
Transkrip Sementara (Provisional Transcript) / Surat Pengesahan Tamat Pengajian
Buku Arahan Peperiksaan Bagi Diploma
Tatacara Permohonan Diploma Dan Transkrip Gantian
Proses Rayuan (GB / Perlanggaran Akademik) & Semakan Semula Skrip Jawapan
Permohonan Silibus bagi Mendapatkan Pengecualian Kredit
Borang CTCE (Credit Transfer / Credit Exemption) bagi pelajar kemasukan Kolej Komuniti atau Institusi lain atau berpindah Politeknik atau bertukar program
PENGENALAN
Unit Peperiksaan merupakan salah satu unit sokongan yang terdapat di Politeknik Mersing, Johor. Unit Peperiksaan bertanggungjawab bagi menyelaras semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian pelajar.
FUNGSI
Antara fungsi dan perkhidmatan Unit Peperiksaan adalah:-
Penyediaan Kertas Peperiksaan Akhir
- Proses penggubalan soalan peperiksaan.
- Semakan soalan peperiksaan akhir oleh Panel dilantik.
- Pengurusan bank soalan bagi program yang diselaras
Pelaksanaan Peperiksaan Akhir
Dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu pada setiap hujung semester pengajian
Pemprosesan Keputusan Peperiksaan dan Penilaian Akhir
- Keputusan peperiksaan dan penilaian akhir akan diproses dalam tempoh 2 minggu selepas peperiksaan akhir berakhir.
- Pengumuman keputusan peperiksaan dan penilaian akhir semester secara online.
Pengurusan Persijilan Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
- Pengeluaran Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar yang telah disahkan bergraduat oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPT.
- Penyediaan transkrip penuh bagi graduan
Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian
Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian adalah tertakluk kepada “Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian” melibatkan perkara seperti pelanggaran arahan am peperiksaan akhir, kes-kes meniru, cubaan meniru dan memberi tiru dan sebagainya.
Pentadbiran
- Pengesahan maklumat graduan/lulusan.
- Pengurusan gentian sijil/diploma dan transkrip yang hilang.
CARTA