MAKLUMAN TATACARA PERMOHONAN KURIKULUM (silibus) BAGI TUJUAN PINDAHAN KREDIT (Credit Transfer) OLEH LULUSAN POLITEKNIK

1. Pemohon (lulusan politeknik) perlu mengemukakan maklumat-maklumat seperti berikut:

  • Surat rasmi permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit (sila sertakan nama penuh, no
    matrik, alamat terkini, nombor telefon dan emel);
  • Transkrip Akademik diploma/sijil yang telah disahkan;
  • Kod dan nama kursus yang dipohon untuk tujuan proses pengeluaran kurikulum yang
    berkaitan
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS atau mana-mana institusi berkaitan

2. Pemohon boleh menghantar permohonan yang lengkap berdasarkan maklumat yang disenaraikan sama ada secara bertulis atau emelkan ke kualiti@pmj.edu.my

3. Semua permohonan yang lengkap diterima akan diproses di dalam tempoh 5 HARI BEKERJA dan maklumbalas akan diberikan melalui alamat e-mail yang disertakan seperti di dalam surat permohonan.

*Kurikulum (Silibus) adalah dokumen terkawal, Justeru itu permohonan perlu berurusan secara terus ke Politeknik melalui email atau surat menyurat.

*Nota: Tatacara ini juga terpakai untuk permohonan kurikulum (silibus) bagi pelajar Kolej Komuniti yang ingin memohon CTCE di Politeknik Mersing.


Maklumat tatacara juga boleh diakses di Laman web PMJ –> UJK –> Makluman.