29 Oktober 2025 – Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK5A) dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah menganjurkan program “Stop Bully, Start Caring” bertempat di Dewan SMK Mersing.

Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Cheerful Aerobic, forum “Buddy, Not Bully”, Interactive Quiz Challenge, slot “Safe Internet, Safe Heart”, Sharing Wall, serta kaunter saringan kesihatan dan booth info PMJ.

Dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Mersing (JAPEN), Pusat Sebaran Internet Nasional (NADI) dan IPD Mersing, program ini membawa mesej penting — hentikan budaya buli, sebarkan kasih dan empati.

✨ Langkah kecil hari ini mungkin nampak sederhana, tapi impaknya mampu membina komuniti yang lebih penyayang dan harmoni esok hari.

“Stop bully, Start Caring” – Bersama Membina Komuniti Harmoni