πŸπŸ’ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ“ | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 | ππŒπ‰, π‰πŽπ‡πŽπ‘

Politeknik Mersing Johor (PMJ) sekali lagi melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh antarabangsaan dan pemerkasaan pelajar melalui penganjuran Program ASEAN Culture Village 2025, yang berlangsung pada 11 hingga 15 Oktober 2025.

Program mobiliti ini menghimpunkan pelajar dari pelbagai institusi pendidikan antarabangsa di bawah satu platform yang mengetengahkan warisan budaya, bahasa dan seni ASEAN. Antara Institusi yang menyertai ialah Politeknik Negeri Bandung @Politeknik Negeri Bandung, IPB University @IPB University, Politeknik Kampar, Universitas Ibnu Sina, Institut Teknologi & Bisnis Asia dan Sekolah Tinggi Agama Islam Ibnu Sina.

Selama lima hari, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti persembahan kebudayaan, bengkel seni canting batik, eksplorasi mersing dan Johor Bahru, pertukaran bahasa, serta aktiviti komuniti yang menggalakkan semangat perpaduan dan persefahaman antara budaya.

Penganjuran ini juga sejajar dengan hasrat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan fokus JPPKK dalam memperkukuh program berimpak tinggi berteraskan antarabangsaan. Ia bukan sahaja memupuk keterbukaan pelajar terhadap pelbagai budaya, tetapi turut memperkasa kemahiran insaniah seperti komunikasi antara budaya, kepimpinan, dan kerja berpasukan.

Dengan tema β€œFood, Cultural & Language”, program ini menjadikan Johor, khususnya Politeknik Mersing, sebagai hab jaringan kolaboratif dan destinasi budaya serantau, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi antarabangsa.

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga penganjuran program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang.