PROGRAM DANA INTERVENSI KEBOLEHPASARAN GRADUAN (GE) KPT 2024

22 SEPTEMBER 2024 | AHAD | POLITEKNIK MERSING

Telah berlangsung Program Pensijilan Profesional Basic PLC โ€“ Siemens Cooperate With Education (SCE) di bawah Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) KPT 2024 pada 18-22 September 2024 di Makmal Kuasa Elektrik, Politeknik Mersing. Penganjuran program ini adalah kerjasama di antara Supreme Didactic Sdn. Bhd yang merupakan SIEMENS Authorize Training Centre (SATC) dengan Unit CISEC dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing.

Secara dasarnya objektif utama program adalah membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang pengajian dan sebagai nilai tambah para graduan daripada aspek kelayakan profesional, bakat, keterampilan diri dan sahsiah untuk membantu graduan memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan serta mengikut keperluan industri.

Seramai 20 pelajar daripada Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik telah mengikuti program tersebut.

Pada 22 September 2024, telah diadakan Majlis Penyerahan Sijil yang disempurnakan oleh Tn. Hj. Rozmi bin Rahim, Ketua Pegawai Operasi Supreme Didactic Sdn. Bhd dengan diiringi oleh Ts. DR. Robert @ Kerk Swee, Pengarah Politeknik Mersing.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini dan memperolehi Pensijilan Profesional Basic PLC โ€“ Siemens Cooperate With Education (SCE). Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam dunia pekerjaan sebenar nanti.

Read More

INTELLIGENT STUDENTS ADVOCACY PROGRAM

SEPTEMBER 11, 2024 | WEDNESDAY | MERSING POLYTECHNIC

Intelligent Students Use Advocacy Program has been organized by KPDN Mersing in cooperation with the Mersing Polytechnic Student Affairs Department on September 11, 2024 last. As many as 100 students consisting of Heads and Asstants of Class Representatives each semester have been selected to participate in this program. This program is very timely to increase user awareness among the students of Mersing Polytechnic. Among the program fillings are the Intelligent Consumer Explorace and the Malaysian Consumer Claims Tribunal Lecture delivered by Tuan Jashua bin Mohd Mokhtar capturing the Johor TTPM Officers.

This program has been officiated by Tuan Norazmi bin Yakob as the Head of KPDN Mersing Branch. Also present are Mrs. Azreen Khamis, Deputy Director and Mr. Mohd Fairullah Muhammadon, Head of the Student Affairs Department, Mersing Polytechnic. As users, learners should understand their rights and play their respective roles and responsibilities to curb consumer fraud and merchant misconduct. Hopefully the students who attend will become knowledgeable, intelligent and responsible consumer agents not only to themselves but to the society. Hopefully such programs can be organized again in the future in an effort to produce the next informed and intelligent consumer generation to further strengthen the sustainability of the society and the country.

Read More

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT POLITEKNIK MERSING

10 SEPTEMBER 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2024 peringkat Politeknik Mersing yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bersama kelab-kelab pelajar telah disambut meriah. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing dan turut hadir bersama ialah Pn Azreen Khamis, Timbalan Pengarah, Ts. Suhana Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mohd Fairullah Muhammadon, Ketua Jabatan HEP, Ketua-ketua Jabatan serta para pensyarah.

Antara aktiviti yang menarik semasa majlis penutup ini adalah penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang menyertai aktiviti dan pertandingan serta persembahan pelajar. Tahniah kepada semua pelajar kerana menunjukkan semangat atas kehadiran penuh pelajar ke majlis ini.Antara persembahan yang ditonjolkan pada malam penutup ini adalah:

  1. Kelab Kebudayaan – Tarian Silang Budaya
  2. Kelab Pmjumpers – Persembahan lompat tali
  3. Kelab Silat PMJ – Persembahan Bunga sembah, Solo kreatif dan Tempur
  4. Kelab KRM – Persembahan Silambam

Pengarah mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan kelab-kelab pelajar di bawah JHEP PMJ atas penganjuran pelbagai aktiviti menarik sepanjang Sambutan Kemerdekaan kali ini. Semoga semua warga PMJ terutama pelajar dapat menyemai erti kemerdekaan dalam diri masing masing dan terus bersemangat dan terus mempertahankan pengorbanan nenek moyang kita dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Sumber : Majlis Perwakilan Pelajar

Read More

POLYCC MENYOKONG USAHA KELESTARIAN HIJAU MELALUI PENGANJURAN PROGRAM MALAYSIAN POLYTECHNIC AND COMMUNITY COLLEGE SUSTAINABILITY AWARD 2024

10 SEPTEMBER 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Dalam usaha untuk mempromosikan kelestarian hijau dan kesedaran alam sekitar, POLYCC (Politeknik dan Kolej Komuniti) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Malaysian Polytechnic and Community College Sustainability Award 2024. MPCCSustAward2024 kali ini dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum, JPPKK dengan kerjasama Politeknik Mersing dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Program ini telah disempurnakan oleh ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐“๐ฌ. ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐š๐ฅ๐ฎ๐๐ข๐ง ๐›๐ข๐ง ๐ƒ๐š๐ฎ๐, ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐†๐จ๐ฏ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ง), ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค & ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ๐ŸŽ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’, ๐ฃ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐ŸŽ.๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ฉ๐š๐ ๐ข bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing.

Program ini bertujuan untuk menyokong matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan seterusnya mengiktiraf dan menghargai usaha POLYCC dalam mengimplementasikan amalan kelestarian serta menyemarakkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Dengan penganjuran program ini telah dapat membuktikan bahawa POLYCC merupakan agen perubahan yang aktif dalam memupuk kesedaran dan tindakan proaktif ke arah pembangunan mampan. Anugerah ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
1) Anugerah Smartgreen PolyCC merangkumi 7 bidang tumpuan utama iaitu Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan, Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim, Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap, Pengurusan Sisa, Pengurusan Air, Pengangkutan dan Perolehan Hijau
2) Anugerah Pengurusan Projek Hijau (GPM)
3) penarafan UI Green Metric

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jawatankuasa yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada TNB diatas sumbangan Skuter Elektrik kepada PolyCC yang terpilih.

Read More

PROGRAM IP BIG STAGE 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

4 SEPTEMBER 2024 | RABU | POLITEKNIK MERSING

Pusat Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Politeknik Mersing Johor dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan PROGRAM IP BIG STAGE 2024 Peringkat Kebangsaan pada 02-04 September 2024 yang bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing. Program IP Big Stage yang bertemakan TVET for All, Nadi Harta Intelek Madani ini merupakan gabungan program antara Kolokium Harta Intelek dengan Youth Celik IP yang memfokuskan kepada kepentingan dan meningkatkan kesedaran terhadap perlindungan harta intelek dikalangan pensyarah dan pelajar. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Youth Challenge (Pelajar), Super Challenge (Pensyarah), Beyond Experience, Rewards Expedition. Kesemua aktiviti ini berkaitan dengan harta intelek yang dikelola oleh pakar daripada MyIPO sendiri.

Majlis Penutup IP BIG STAGE 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni Bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Turut sama ialah YBrs. Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing selaku Wakil Rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK) dan YBrs. Tn. Sh. Arifin bin Sh. Mohd. Noor , Penolong Ketua Pengarah (Perancangan, Pembangunan Perniagaan & Pemasaran) selaku Wakil Rasmi Ketua Pengarah MyIPO.
Manakala penyertaan kali ini adalah melibatkan 100 orang pelajar PolyCC bagi Penyertaan Youth Challenge dan juga 40 orang pensyarah PolyCC bagi Penyertaan Super Challenge. Berikut adalah keputusan rasmi bagi kategori Youth Challenge:-

Peserta Terbaik (Lelaki):

  1. Muhd Putra Shah Bin Muhd Hairi Shah (PMJ)

Peserta Terbaik (Perempuan):

  1. Nur Azlina Binti Sunardi (PTSN)

Peserta Kreatif & Inovasi:

  1. Yuvasriee A/P Kanaiya (PTSN)

Pemenang mengikut Syarikat:-

  1. Pamer Sdn. Bhd
  2. G Coorperation
  3. Ajamer Sdn. Bhd
  4. Lux Living Sdn. Bhd
  5. Klasik Saji Cooperation
  6. Elite Craft Sdn. Bhd
  7. Pureform Sdn. Bhd
  8. Nuansa Sdn. Bhd
  9. StailHaus Sdn. Bhd
  10. Allied Cooperation
  11. Teranova Coorperation

Sekalung TAHNIAH dan SYABAS buat semua peserta yang berani dan berjaya membentangkan hasil projek dengan cemerlang dalam masa yang singkat. Sekalung penghargaan dan Terima kasih juga diucapkan buat semua jawatankuasa, pensyarah pembimbing, peserta-peserta yang menjayakan program ini. Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat memingkatkan kesedaran mengenai kepentingan harta intelek dalam membangunkan dan mengkomersialkan sesebuah idea/teknologi.

Read More

LENSA KEJAYAAN PMJ DIUKIR SEMPENA INDUSTRI NEXUS INDex 2024

4 SEPTEMBER 2024 | RABU | POLITEKNIK UNGKU OMAR, PERAK

Pihak Yayasan Telekom Malaysia (YTM) menyerahkan sumbangan bernilai RM3.5 juta kepada JPPKK melalui pelancaran TM TVET Madani @ POLYCC sebagai usaha memantapkan lagi sinergi dan kolaborasi antara YTM dengan JPPKK dalam memartabatkan institusi TVET kebangsaan.
Penyerahan ini dilaksanakan bersempena dengan penganjuran Program Industri Nexus POLYCC 2024 (INDex POLYCC 2024) yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Politeknik Ungku Omar (PUO) pagi tadi.
Lensa kejayaan Politeknik Mersing terus diukir dengan menjadi antara 3 politeknik yang menerima peruntukan tersebut antara lain bertujuan untuk melaksanakan aktiviti penyediaan kemudahan pembelajaran mengikuti spesifikasi industri serta latihan dan pensijilan profesional menerusi bidang fokus seperti โ€˜cybersecurityโ€™, โ€˜cloud computingโ€™, fiber dan โ€˜software testingโ€™.

Pemberian pluge ini telah disempurkan oleh YBhg. Datoโ€™ Zainal Abidin Putih, Pengerusi YTM disaksikan bersama YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir Menteri Pendidikan Tinggi, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, YBhg. Datoโ€™ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Datoโ€™ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK).
Semoga dengan peruntukkan ini, para pensyarah serta pelajar PMJ secara berterusan akan menerima manfaat melalui penawaran program yang mengikut keperluan industri; latihan industri yang berstruktur dan terkini; sekali gus berupaya meningkatkan kebolehpasaran graduan.

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐Œ๐‰!!!

Read More

PERHIMPUNAN BULAN OGOS 2024 SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

28 OGOS 2024 | RABU | POLITEKNIK MERSING

Bersempena mengobarkan semangat jiwa Merdeka di kalangan warga Politeknik Mersing, unit BKP & UNIT-UNIT SOKONGAN telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Ogos 2024 pada 28 Ogos 2024 di DMU, Politeknik Mersing yang bertemakan โ€˜Jiwa Merdekaโ€™.

Pada kali ini turut diadakan perarakan kemerdekaan yang menyaksikan Unit BKP & Unit-Unit Sokongan memenangi acara tersedut. Pelbagai pengisian kemerdekaan turut dijalankan. Semoga dengan program seperti ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan dapat meningkatkan semangat patriotisme dikalangan warga. Kemerdekaan negara akan bermakna jika disusuli dengan kemerdekaan jiwa.

Read More

FLAG OFF PASUKAN DEBAT DAN PEMIDATO PMJ

30 OGOS 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING
Selamat Maju Jaya kepada Pasukan Debat dan Pemidato PMJ yang akan beraksi di Pertandingan Debat dan Pidato Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) 2024. Pertandingan ini akan berlangsung dari 2 hingga 5 September 2024 di Politeknik Besut.
Pasukan Debat:
1. Choo Meing Qi
2. Ahmad Nazmi bin Mohd Hakimi
3. Suri Norfarisha Fazreen Binti Fuzlan
4. Mohammad Irsyad Hakimi bin Sabarudin
Pemidato:
Nur Izyan Ayuni binti Zulkafli
Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan mereka dan berharap agar mereka dapat melangkah jauh hingga ke peringkat akhir. Semoga usaha dan dedikasi mereka membuahkan hasil yang cemerlang!
Read More

CSR SIRI JELAJAH JOM SELAMATKAN PANTAI KITA 4.0 PERINGKAT NEGERI JOHOR

25 OGOS 2024 | AHAD | PANTAI TG KEMPIT MERSING

Kelab Sukarelawan YES!Politeknik Mersing dengan kerjasama Skuad Alam Sekitar Bestari Malaysia (SASTARI- Johor) telah menganjurkan Program Corporate Social Responsibility (CSR): Siri Jelajah Jom Selamatkan Pantai Kita 4.0 Peringkat Negeri Johor. Program turut mendapat kerjasama Persatuan Doktor Pakar Johor, MRA Johor Daerah Mersing, PEMADAM Daerah Mersing dan Southern Volunteer Mersing.

Program ini melibatkan penyertaan 33 orang pelajar, 2 orang staf, beberapa petugas agensi, serta ahli komuniti setempat. Aktiviti dimulai dengan sesi taklimat oleh Pengerusi SASTARI-Johor yang memberi penerangan tentang kepentingan pembersihan pantai. Para peserta kemudian dipecahkan kepada 3 kumpulan bagi menjalankan aktiviti pembersihan pantai. Sebanyak lebih 800kg sampah telah dikutip dan pengasingan sisa telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Seterusnya, sampah yang telah diasingkan diserahkan kepada pihak SWCorp untuk proses pelupusan.

Read More

PERTANDINGAN DIGITAL INNOVATION CREATIVEPRENEUR DICE 2.0 PERINGKAT KEBANGSAAN

18 OGOS 2024 | AHAD | NILAI, NEGERI SEMBILAN

Seramai 250 peserta dalam kalangan pelajar dan pensyarah IPT telah turut serta dalam penghasilan 48 projek kandungan digital kreatif yang terdiri daripada kategori animasi, filem pendek, aplikasi augmented reality, aplikasi virtual reality dan aplikasi permainan digital.
Untuk pengetahuan warga,kumpulan MONEY ARXCHANGE(MAC) telah menghantar penyertaan bagi kategori aplikasi augmented reality dan mendapat pingat gangsa dalam kategori tersebut.

Pasukan ini terdiri daripada:
1. Peh Jia Da
2. Khairulamirin Bin Azhar
3. Puteri Nurdalilah Syahirah Binti Mohd Najib
4. Nurul Afiqah Binti Mohd Zam

Terima kasih buat mentor dan warga PMJ yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan projek ini.
Semoga PMJ terus cemerlang dan menghasilkan usahawan yang berjaya.

Read More