17 September 2026
Felda Tenggaroh 5
Syabas dan tahniah kepada pelajar semester akhir Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK5B) atas komitmen dan usaha dalam menjayakan Program Gerak Gaya Komuniti dan CSR 2026.
Program ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kursus DPK50183 Event Organization, sekali gus memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran pengurusan acara, kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan dalam situasi sebenar.
Pelbagai aktiviti sukan dan CSR turut dilaksanakan bersama **Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Tenggaroh 5**, sekali gus mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pelajar dengan komuniti setempat. ![]()
![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna dan bekalan berharga buat para pelajar pada masa hadapan. ![]()