LAWATAN AKADEMIK DAN SESI TEMU DUGA LATIHAN INDUSTRI BERSAMA J.K. WIRE HARNESS SDN. BHD

Corporate Industrial Services & Employability Centre (CISEC) PMJ dengan kerjasama J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. telah menganjurkan lawatan akademik dan sesi temu duga pada 28 Oktober 2026 bagi jawatan Technician Intern dan IT Admin untuk pelajar yang bakal menjalani Latihan Industri Sesi II 2026/2027.

Seramai 23 orang pelajar Semester 5 dar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi telah menyertai lawatan tersebut. Sepanjang lawatan, para pelajar diberikan penerangan mengenai operasi syarikat, persekitaran kerja serta keperluan industri. Pendedahan ini membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas aspek teknikal, budaya kerja, keselamatan dan tahap profesionalisme yang diperlukan dalam persekitaran sebenar industri.

Selepas sesi lawatan selesai, para pelajar telah menjalani sesi temu duga bagi penempatan latihan industri. Sesi ini memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi, memperkenalkan latar belakang akademik dan kompetensi masing-masing, serta berkongsi pengalaman berkaitan projek tahun akhir dan pensijilan profesional yang telah diperoleh. Pada masa yang sama, sesi temu duga ini membantu pihak J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. mengenal pasti calon yang berpotensi dan memenuhi keperluan organisasi. Kerjasama ini turut menjadi platform dalam membina laluan yang lebih tersusun daripada latihan industri kepada peluang kerjaya selepas tamat pengajian.

Secara keseluruhannya, inisiatif ini memberi nilai tambah kepada pelajar dari aspek kesiapsiagaan menjalani latihan industri, keyakinan menghadapi sesi temu duga, pendedahan kepada keperluan industri serta pengukuhan kebolehpasaran graduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *