MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN FOOD BANK DAPUR SISWA PMJ

29 September 2026 | Selasa

Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah melaksanakan Majlis Perasmian Pembukaan Food Bank Dapur Siswa PMJ, sebuah inisiatif kebajikan yang diwujudkan bagi menyediakan sumbangan makanan secara percuma khususnya kepada pelajar PMJ yang memerlukan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing Johor, bertempat di Ruang Food Bank Dapur Siswa PMJ, bersebelahan Dobi PMJ.

πŸ’š Pelaksanaan Food Bank Dapur Siswa PMJ merupakan salah satu usaha dalam memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan pelajar, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup serta memastikan bantuan makanan dapat dimanfaatkan oleh pelajar yang benar-benar memerlukan.

Inisiatif ini turut membawa mesej β€œAmbil Mengikut Keperluan, Berkongsi dengan Keikhlasan”, sekali gus menyemai nilai keprihatinan, perkongsian dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus.

πŸ“Œ MAKLUMAT OPERASI FOOD BANK DAPUR SISWA PMJ

πŸ“… Isnin – Jumaat

⏰ 5.00 petang – 6.00 petang

πŸ“ Ruang Food Bank Dapur Siswa PMJ (Bersebelahan Dobi PMJ)

Pelajar yang memerlukan dialu-alukan untuk memanfaatkan kemudahan ini dengan mengambil barangan mengikut keperluan, agar sumbangan yang disediakan dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama oleh pelajar lain yang turut memerlukan. πŸ’š

Semoga Food Bank Dapur Siswa PMJ terus menjadi wadah yang menghubungkan keprihatinan, perkongsian dan kebajikan demi kesejahteraan seluruh komuniti pelajar PMJ.

🌷 β€œPrihatin, Berkongsi dan Membina Kesejahteraan Siswa” 🌷

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *