Tahniah diucapkan kepada para pelajar Politeknik Mersing Johor (PMJ) atas kejayaan dalam Data Hackathon POLYCC V3.0.
Pertandingan ini bermula dengan penyertaan 85 kumpulan daripada institusi POLYCC serta universiti awam yang bersaing di peringkat saringan secara dalam talian. Daripada jumlah tersebut, hanya 15 kumpulan berjaya mara ke peringkat akhir, termasuk dua kumpulan dari PMJ, iaitu Code Slice (DHP-044) dan zhf.exe (DHP-045).
Pada peringkat akhir yang berlangsung pada 23 September 2026 di TD1303, Kuala Terengganu, kedua-dua kumpulan PMJ berjaya meraih anugerah dalam Kategori BPN Challenge.
NAIB JOHAN – BPN CHALLENGE
Kumpulan Code Slice (DHP-044)
• Sintu A/P Punosamy
• Nur Yasmin Batrisyia binti Khairil Anuar
• Nurul Zahirah binti Suhaimi
SAGUHATI – BPN CHALLENGE
Kumpulan zhf.exe (DHP-045)
• Muhammad Zafri Zafran bin Zulkefli
• Hadeef Haikal bin Khairil Anuar
• Muhammad Nur Fadhli bin Abdullah
Ts. Nurulfarida binti Mohamad Nadzri merupakan pensyarah pembimbing bagi kedua-dua kumpulan.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah berlangsung pada 24 September 2026 di Hotel Permai, Kuala Terengganu.
Kejayaan ini menyerlahkan keupayaan pelajar PMJ dalam analisis data, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah berasaskan data, sekali gus memperlihatkan potensi mereka dalam bidang analitik dan inovasi data.
Syabas dan tahniah kepada semua pelajar serta pensyarah pembimbing. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.