𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐇𝐈𝐁𝐔𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐀𝐇𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓

𝟏𝟏 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Sukacita dimaklumkan bahawa Sahibus Samahah Mufti Johor, YB Dato’ Hj Yahya bin Ahmad beserta rombongan telah mengadakan lawatan ke Surau Al-Irsyad, Politeknik Mersing Johor pada 11 September 2026 (Jumaat) bersempena dengan rayuan permohonan kebenaran untuk melaksanakan solat fardhu Jumaat di surau berkenaan.

Kehadiran Sahibus Samahah Dato’ telah disambut oleh pengurusan Politeknik Mersing Johor yang diketuai sendiri oleh Pengarah PMJ, Ts. Dr. Robert@Kerk Swee Tian. Lawatan ini dimulakan dengan sesi aluan oleh Tuan Pengarah dan juga sesi penerangan oleh Pengerusi Surau Al-Irsyad, Al-Fadhil Ustaz Haji Khairul Fitri bin Mohd, di Bilik Persidangan Politeknik Mersing Johor, dan seterusnya disusuli dengan lawatan ke Surau Al-Irsyad.

Semoga kunjungan dan perhatian yang diberikan oleh Sahibus Samahah Mufti Johor ini menjadi pemangkin kepada usaha merealisasikan hasrat warga Politeknik Mersing Johor dan sokongan komuniti setempat untuk menunaikan solat fardhu Jumaat di Surau Al-Irsyad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *