𝐒𝐄𝐖 πŸπŸŽπŸπŸ”: πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ π’πˆππ„π‘π†πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 π„π‹π„πŠπ“π‘πŽππˆπŠ 𝐄𝐑𝐀 πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹

πŸ— – 𝟏𝟎 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π’πˆππ† π‰πŽπ‡πŽπ‘

Smart Electrical and Electronic Engineering Workshop (SEW 2026) telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari pada 9 hingga 10 September 2026 bertempat di Bilik Seminar 1, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Mersing Johor. Program ini adalah anjuran bersama Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Unit Pembangunan Kerjaya dan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Mersing Johor.

Mengangkat tema β€œMemacu Sinergi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Era Digital”, bengkel ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan dalam memperkukuh pembangunan serta penambahbaikan program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik agar terus relevan dengan perubahan teknologi dan keperluan industri semasa.

SEW 2026 turut disertai oleh 20 orang wakil pensyarah daripada Politeknik Mersing Johor, Politeknik Ibrahim Sultan, ketua penyelidik dan penyelidik Market Need Analysis (MNA) program Kejuruteraan, sekali gus memperlihatkan komitmen warga akademia dalam memperkasa kualiti pendidikan serta memastikan kandungan program kejuruteraan sentiasa seiring dengan perkembangan landskap pekerjaan dan teknologi terkini.

Pengisian bengkel turut diperkaya melalui perkongsian kepakaran penjajaran kurikulum kejuruteraan daripada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Razali bin Md Tomari dari Research Centre for Applied Electromagnetics, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta Dr. Mohd Khairul Ikhwan bin Ahmad dari CyberSolution Technologies Sdn. Bhd.

Perasmian dan penutupan SEW 2026 telah dilaksanakan oleh Pengarah Politeknik Mersing, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian pada hari kedua. Perkongsian dan sesi perbincangan pada hari kedua melibatkan Kolokium dan Sesi Dialog Industri yang berlangsung telah membuka ruang kepada para peserta untuk meneliti perkembangan teknologi dan mendapatkan perspektif industri, Selain itu, para peserta dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan yang dapat menyokong kelestarian kurikulum TVET dalam bidang kejuruteraan di institusi POLYCC.

Pelaksanaan SEW 2026 diharapkan dapat terus memperkukuh jaringan strategik antara akademia dan industri, di samping menyumbang kepada pembangunan program kejuruteraan yang lebih dinamik, responsif dan berdaya saing dalam mendepani tuntutan era digital.

Tahniah dan syabas kepada Pengarah Program merangkap Ketua Penyelidik MNA dan SEW 2026, Ts. Dr. Norhafizah binti Ismail, Jawatankuasa Pelaksana serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penjajaran kurikulum kejuruteraan menerusi SEW 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *