𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mersing 1448H/2026M menerusi penglibatan Kontinjen Perarakan PMJ serta Petugas Kendarat PMJ.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen warga PMJ dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul di samping memperkukuh nilai kebersamaan, kerjasama, disiplin dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga institusi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen serta para petugas yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang cemerlang sepanjang program berlangsung.

Semoga penghayatan terhadap sirah dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW terus menjadi inspirasi dalam membentuk insan yang berilmu, berakhlak dan berintegriti.

Politeknik Mersing Johor

Melangkah Bersama, Menghayati Sunnah, Membina Ummah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *