PROGRAM TELAAH: RESENSI BUKU BERSAMA PNS

MERSING, 21 Ogos 2026 – Perpustakaan Nilam Sari, Politeknik Mersing telah berjaya menganjurkan Program Telaah: Resensi Buku Bersama PNS bertempat di Lobi Perpustakaan Nilam Sari.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Norazura binti Zurali, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Mersing.

Program menampilkan Ustaz Khairul Fitri bin Mohd, Ketua Jabatan Pengajian Am sebagai panel dan Dhivesh A/L Shankar, Kelab Rakan Pustaka sebagai moderator.

Sesi kali ini membincangkan buku “Wacana Falsafah Sains: Sejarah dan Pemikiran” yang memberi pendedahan serta perspektif baharu berkaitan perkembangan ilmu dan pemikiran sains.

Program ini diharapkan dapat terus menyemarakkan budaya membaca, perkongsian ilmu dan pemikiran kritis dalam kalangan warga Politeknik Mersing.

Membaca • Mengkaji • Menginspirasi 📖✨

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *